Ads 468x60px

Thursday, July 21, 2011

Penafian Dari #MPPA Isu Gambar #Palsu

Semalam Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) buat laporan polis untuk menafikan dakwaan kononnya gambar yang di paparkan pada surat khabar Berita Harian dan NST adalah palsu. Komen aku pasal isu ni adalah, gambar tersebut telah dimanupulasikan yang mana gambar seorang lelaki yang memegang bendera telah di olah untuk kelihatan seperti memegang pisau. Bukan tu saja, untuk menguatkan lagi dakwaan kononnya lelaki dalam gambar tersebut memegang pisau, ditambahkan lagi caption kat tepi tu 'Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram'. Sila lihat gambar di bawah. Kredit kepada MiloSuam. Kamu fikirlah sendiri siapa yang betul, siapa yang salah. Jangan butakan mata sebelah hanya kita cenderung kepada sesuatu pihak. Celikkan mata untuk dapatkan info dari sumber yang banyak.


Gambar yang dipaparkan dalam Berita Harian

Orang yang sama tapi gambar dari sumber yang lain

PS: Aku hanya mampu tergelak dan tersenyum melihat penafian ni...

Petikan dari Berita Harian Online :


KUALA LUMPUR: Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) semalam membuat laporan polis terhadap seorang blogger yang mendakwa gambar seorang lelaki yang menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu dan disiarkan pada muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian adalah gambar palsu.

Dalam laporan polis itu, MPPA mempertahankan keaslian gambar berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju putih, berseluar celoreng tentera serta menutup muka, cuba membaling sesuatu.
Laporan itu dibuat Presiden MPPA, Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam. Turut hadir, jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) yang merakamkan aksi itu, Effendy Abdul Rashid.

Mat Salim yang ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tuduhan blogger terbabit menerusi laman sosial, Facebook dibuat tanpa usul periksa dan boleh menjejaskan imej MPPA.

Katanya, MPPA sebelum ini memberi tempoh kepada blogger itu yang juga seorang pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk meminta maaf kepada Effendy dan NSTP, tetapi gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Effendy berkata, beliau terkilan dengan tindakan blogger terbabit yang mempersendakan kerjanya dengan menyebarkan cerita bahawa gambarnya menggunakan teknik pertindihan imej.

“Ia karya asli saya, malah saya mempunyai 11 keping gambar yang mempunyai jalan ceritanya sendiri jika disusun mengenai tindakan lelaki terbabit mengambil kanister gas pemedih mata di hadapan Menara Maybank sebelum membalingnya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment