Ads 468x60px

Tuesday, April 27, 2010

Tips Untuk Menjimatkan Bandwidth

Aku selalu je fikir macam mana la nak jimatkan bandwidth broadband aku ni. Semua orang kat Malaysia ni tau kan, ISP kat Malaysia ni macam hampeh. Semua package ada limit bandwidth yang kurang diterima akal. Kalau nak tengok Youtube, kena bajet sebab taknak over bandwidth.

Setelah aku surf carik information, aku jumpa beberapa tips yang menjadi kesukaan aku kalau aku nak jimatkan bandwidth dengan cemerlang.

Tips 1#:
Kalau korang gunakan Firefox, boleh gunakan addon imglikeopera. Untuk pengguna Firefox 3.6 ke atas, sila download imglikeopera ni di http://imglikeopera.mozdev.org/installation.html. Untuk version 3.5 dan ke bawah, boleh download direct dari page Firefox addon tu. Lagi satu, aku gunakan flashblock untuk mengelakkan fail flash dari dimainkan secara automatik seperti video dari youtube.

Lagi satu, sila pasang flashblock untuk firefox, sebab sekarang ni banyak website yang guna flash. Fail flash salah satu unsur yang boleh menyedut bandwidth dengan banyak tanpa kita sedari.

Tips 2#:
Kalau korang sekadar suka melayari internet je tanpa mengambil kira kepentingan multimedia, korang boleh install operamini emulator untuk windows. Sila gunakan pakcik Google untuk mencari fail tu. Kalau aku rajin, nanti aku upload kat mana-mana hosting fail tu.

Tips 3#:
Gunakan software untuk mengawal bandwidth dari overlimit seperti Networx atau pun Netmeter.

Tips 4#:
Turn off semua auto update seperti Winamp, Real Player, Anti Virus ext... (anti virus aku update seminggu sekali je).

Tips 5#:
Kurangkan streaming media macam dengar radio online atau menonton televisyen online.

3 comments:

Ken Wooi said...

thanks for the tips =)

hazman aka species1980 said...

tips yang bagus untuk kontrol bandwith....

kisahsensasi said...

yess... tiap2 bulan saya memang kena sukat bile nak gua broadband....

Post a Comment