Ads 468x60px

Wednesday, July 6, 2011

#Kecoh Penyanyi #Lubnan, #Elissa Diugut Simbah Asid

Seorang penyanyi terkenal Lubnan, Elissa telah diugut oleh seorang lelaki bahawa mukanya akan disimbah dengan asid. Elissa yang ketakutan terus membuat laporan polis dan mengupah pengawal peribadi. Dahsyat jugak orang tanah Arab ni. Tapi apa kurangnya orang kat Tanah Melayu ni sendiri. Sama juga kejam. Bahkan ada yang lagi kejam. Sanggup bunuh budak kecil, dipijak-pijakkan lagi lak tu.

Elissa

Kalau tengok muka penyanyi ni kan, nampak sangat la tidak original kan. Ada la suntik-suntik, adjust sikit tang dagu, bibir, pipi agaknya.  Mungkin lelaki yang ugut nak bakar tu meluat kot tengok muka si Elissa ni.

Sedikit sebanyak maklumat tentang diri Elissa :
Nama sebenar : Elissar Zakaria Khoury
Tarikh lahir : 27 Oktober 1972
Kacukan Lebanon (bapa) dan Syria (ibu)

Setelah meng'google'kan info pasal Elissa ni, sebab aku ragu-ragu dia ni agama apa (faham-faham je la, kat Arab sana nama je dah macam Islam, tapi sebenarnya Kristian), minah ni menganut agama Maronite Christian. Penganut agama ni paling banyak ada kat Lebanon la. So no wonder la minah ni punya pakaian bukan main lagi seksi.

Petikan dari Berita Harian Online :

BEIRUT: Penyanyi Lubnan, Elissa (atas), ketika ini berada dalam ketakutan selepas menerima ancaman daripada seorang lelaki yang bersumpah membakar mukanya dengan asid.

Lelaki yang membuat ugutan itu dilaporkan peminat seorang lagi penyanyi terkenal negara berkenaan, Nawal Al Zoughbi.

Elissa membaca ugutan berkenaan yang disiarkan beberapa laman web mengatakan lelaki itu dan sekumpulan peminat Nawal lagi merancang menyimbah asid ke muka Elissa untuk merosakkan sama sekali wajahnya. 

Lelaki yang merancang ancaman itu juga menggesa semua peminat Nawal membantunya melaksanakan rancangan berkenaan. 

Bagaimanapun, sebab dia mahu melakukan serangan itu tidak didedahkan. 

Pegawai kanan polis segera diminta mengambil langkah perlu termasuk menahan lelaki dan bagi melindungi Elissa meskipun ancaman berkenaan yang disiarkan di laman web dipadamkan dua jam kemudian. 
Berikutan itu, Elissa mengambil keputusan mengupah beberapa pengawal peribadi bagi mengawalnya pulang dan mengiringinya pada setiap masa bagi mengelak serangan lelaki terbabit termasuk orang lain. 

Dalam satu lagi perkembangan lain, Elissa menamatkan pembikinan lagu muzik video terbarunya berjudul ‘Bitsada’ Bi Meen’ (Siapa yang kamu percaya), yang terkandung dalam album terbarunya. 

Klip itu dirakamkan atas arahan Emile Seelani di beberapa lokasi di Beirut. Lagu itu juga akan disiarkan di beberapa saluran televisyen satelit tidak lama lagi. 

Lagu itu ditulis oleh penyajak, Nader Abdalla dan diedarkan oleh syarikat Tamim dengan Waleed Saed sebagai pengarah dan dihasilkan firma Rotana’. 

Sementara itu, majalah perniagaan Arab menyenaraikan Elissa di tempat ketiga sebagai dalam senarai bintang pop terkaya Lubnan dengan aset AS$35 juta (RM105 juta). Bintang pop terkemuka Mesir, Amr Diab adalah yang paling kaya dengan AS$$41 juta (RM123 juta). 

Di tempat kedua ialah Nancy Ajram, memiliki AS$36.3 juta manakala Fairuz di tempat keempat dengan AS$29.5 juta (RM88.5 juta). – Agensi 

0 comments:

Post a Comment