Ads 468x60px

Thursday, December 22, 2011

Resipi Char Kuew Teow - Selera Pria Teruna



Aku suka memasak. Tapi kan, kadang-kadang aku masak tak ikut resipi. Aku pakai bahan-bahan ikut suka aku. Kali ni aku nak share resipi char kuew tiow Pria Teruna. Kalau tak sedap, maknanya tangan korang yang tak berbedung. Hehehe

Bahan-bahan :-
Kuew Tiow sepeket
2 ulas Bawang putih (tumbuk/blend)
Cili Boh
Telur sebijik
Udang
Taugeh
Kicap Kipas Udang (merah)
Kicap Soya (aku tak pakai garam)
Sos Tiram

Cara masak (api kena besar) :-
1. Mula-mula goreng udang sampai merah
2. Tuang 2-3 senduk air
3. Masukkan bawang putih tadi.
4. Masukkan cili boh.
5. Biar masak sekejap.
6. Masukkan kuew tiow (tak yah banyak. sikit je)
7. Part ni yang best....Ketuk kuali dengan sudip kuat-kuat. Saja biar nampak pro sket.
8. Masukkan telur.
9. Tuang kicap kipas udang,kicap soya & sos tiram (ikut sukatan sendiri)
10. Ketuk kuali kuat-kuat lagi.
11. Masukkan taugeh.
12. Ketuk kuali kuat-kuat sekali lagi.
13. 7 minit je dah siap!
14. Makan time panas.

Senang kan resipi aku ni... Selamat mencuba!!!

6 comments:

Anonymous said...

asal kene ketuk kuali?

Pria Teruna said...

saje nak kasik nampak macam gempak

ayu@azura said...

ye ke..zul kau yg masak...cam mak kau je

Pria Teruna said...

betul la...aku yang masak.try laa.

Mr.Inconspicuous said...

Bro, ada lagi tak recipe utk masakan lain yg jenis utk 'teruna' atau bujang bujang ni? mmg berguna kot bg bujang yang tak reti masak ni. sedap pulak tu. haha.

Pria Teruna said...

Ada... Tu aku dah post nak buat bubur halia. Sedap gak tu + boleh cuci perut sebab halia sangat bagus untuk membuang segala angin-angin yang ada kat dalam usus besar.

Post a Comment