Ads 468x60px

Thursday, May 26, 2011

Tips Melayari #Internet Pada Kelajuan Kura-kura

Aku nak berkongsi tips dengan korang bagi sesiapa yang selalu tertekan dengan kelajuan internet yang lembab. Sekarang ni semua website boleh dikatakan mempunyai grafik yang berkualiti tinggi. So, kalau speed internet setakat 64 kbps -128kbps memang akan berlaku satu permencarutan ketika tengah melayari internet.

Tips #1
Install Opera Browser. Sebab di Opera Browser ada mode Turbo. Korang boleh setkan sendiri sama ada auto atau manual untuk enablekan mode turbo tu. Apabila Turbo Mode di enablekan, korang boleh rasakan sendiri kelajuan surfing tu macam mana. Tapi, kalau dalam website yang hendak dilayari tu ada flash, secara automatiknya flash tersebut tidak akan di paparkan. Kalau nak play flash tu, ade logo 'Play'. Klik je logo tu.


Pro :
- Mempercepatkan loading website

Con :
- Kualiti image agak sedikit terjejas
- Tak semua website mampu di encrypt. Contoh ;- Android Market (loading pun boleh tahan jugak slow) 

Tips #2 
Pernah dengar Opera Mini? Yaaa... web browser paling terkenal dalam dunia handphone. Tahukah anda bahawa anda juga boleh melayari internet dengan menggunakan Opera Mini di komputer anda? (Sila baca dengan suara yang penuh bassis) Hihihi... 



Langkah 1 :-
Korang perlu ada satu aplikasi yang dinamakan Emulator. Sila download di sini. Size kecik je. Tak sampai 2mb pun. Lepas tu extract file tu. Korang akan ternampak satu fail yang bernama microemulator.jar.

Langkah 2 :-
Pergi ke laman Opera Mini dan download ke dua-dua fail tersebut (.jad & .jar). Letakkan fail tersebut di dalam folder yang sama dengan fail microemulator.jar tadi tu.

Langkah 3 :-
- Klik microemulator.jar, nanti akan terpampang satu bentuk handphone. 
- Pergi ke Options > Select Device > Resizeable Device

Langkah 4 :- 
Pergi ke File > Open MIDlet File > (cari fail opera mini yang korang download tadi tu... pilih .jar) 

Pro:
- Memang berdesup 

Con:
- Tak boleh upload sebarang fail
- Tak boleh main flash
- Kena biasakan diri dengan papan keyboard

Tips #3 
Sekiranya korang pakai Firefox, korang boleh install satu add on yang dinamakan Image Block. Dengan adanya add on ni, semua website yang dilayari akan lebih laju dan hanya memaparkan text saja. Sesuai bagi sesiapa yang sekadar nak baca info macam news, gosip-gosip hangat etc. 

PS : Aku tulis blog ni ketika broadband aku dah kena throttle ke 64kbps. Kehkehkeh... 

Wednesday, May 18, 2011

Oh #Duit!



Nak aktifkan diri kembali dalam bidang perniagaan online. Dulu aku dah pernah buat. Memang masyuk. Tapi sebab kekangan tempat kerja lama, aku tak boleh nak konsentret + bila boss aku tau aku buat kerja part time, bising kemain. Hak aku buat part time, takde ganggu kerja aku di waktu siang, apa ada hal kan.

Dulu aku pernah jual barang kat Ebay...Ni memang tip top la. 4 jam sehari = RM3000 sebulan. Masyuk kan. Belum lagi blog picisan aku yang aku buat khas untuk tarik trafik. Kat situ je aku earn lebih kurang dalam RM200-RM300 sebulan. Tapi tu semua dulu punya cerita.

Sekarang ni, aku tengah mencari-cari idea. Apa yang nak start. Nak buat ebay? Macam tak best dah. Paypal aku dah kena block. Keh keh keh... Pending order banyak sangat. Nak jadik blogger full time macam Liew CF, Chow, ext tu lak, aku bukannya kreatif dalam bidang penulisan. Nak tulis panjang-panjang memang takde idea la. Kadang-kadang tu aku rasa macam kelakar lak bila tulis sorang-sorang. Sambil tulis, sambil tersenyum. Keh keh keh.

Oh ya... Aku baru beli handphone Samsung Galaxy 5. Baru je upgrade ke 2.2 Froyo. Boleh la lepas ni aku nak berblog sambil On The Go. Kalau tengok post aku yang sebelum ni Pagi Yang Blur, tu aku tulis dari handphone android aku la. Aku gunakan software Blogaway. So far aku rasa comfort jugak la dengan software tu.




Memandangkan aku tengah sakit perut time menulis ni, aku pause sampai kat sini dulu lah. Nak ke tandas.

Saturday, May 14, 2011

Pagi Yang Blur



Hari ni sabtu yang pertama aku berada kat tempat baru. Sebelum ni aku selalu je balik. Bila bangun dari tido je, rasa macam blur kejap. Apa la nak buat hari ni.

Haaaa... Aku nak dating hari ni. Hureyyyyy... Lama betul tak jumpa. Kesangapan tu memang ketara la. Hehehe. Hari ni planning nak gi makan daging buffey kat kedai kawan aku. Memandangkan ni kali pertama aku nak makan kat situ, aku mintak harga kengkawan. Hehehehe...

Wednesday, May 11, 2011

Uhh... Hari yang #bosan


Firstly aku ingatkan hari ni hari khamis. Sekali bila lepas tengok kalendar kat handphone...... Laaaaa... Hari rabu rupenye. Lambat lagi la boleh dating. Sangap weih... Dah la jarang jumpe. Lepas mandi, pakai baju, spray minyak wangi semua... Aku pun melangkah la ke tempat kerja.

Perkara pertama aku buat, bukak laptop. And then gi buat kopi. Lepas tu aku pun cube la connect ke internet gunekan broadband umobile kesayangan aku ni. Pelik... Apsal slow gile ni. Takpe... Aku ada broadband spare lagi satu.

Aku bukak beg laptop, keluarkan dongle Yes4G. Aku pun try la connect. Aik... Coverage macam biskut... Kejap ada, kejap tak ada. Arghhhhh... Hati aku menjerit. Camne aku nak buat kerja ni. Takkan aku nak lepak kopitiam lama-lama. Tak nak aku aihh.

Penyudahnya, aku just buat kerja dengan internet pada kelajuan gprs je. Thanks to Opera browser sebab ada build in mode untuk surf internet pada kelajuan kura-kura.

Thursday, May 5, 2011

Bermulanya hari baru di #Kajang


Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja di Kajang. Eh... Malam karang aku sambung cerita.

Tuesday, May 3, 2011

My #Maxis is now with #Umobile telco

Akhirnya nombor 012 aku berjaya jugak di 'porting' ke umobile. Setelah asyik tertekan dengan servis yang merepek + nonsense data pakej, aku nekad tukar ke umobile setelah test drive umobile dengan simpack dummy (yep...aku beli satu starter pack umobile).

Walaupun umobile tak boleh nak support device 2G, that is not big problem sebab aku ada 4 bijik handphone + 1 USB 3G modem yang tersedia ada. hahaha... Aku seorang gadget maniac. Aku langgan pakej mobile internet dengan harga RM28 sebulan. Siap dapat 100 minit call + 30 sms to any telco. Setelah buat kira-kira... 100 minit call = RM18, 30 sms = RM2.40... Jumlah semua RM18+RM2.40 = RM20.40. RM28-RM20.40 = RM7.60... RM7.60 = 500MB data bandwidth. Pehh... Murah gila beb. Plus more... call minit free tu boleh bring forward kalau ada balance... memang syok la.

Untuk tempat yang tak ada 3G, Umobile menumpang kat line Celcom. Ini bermakna, speed ke tahap edge aje la. hehehe... Apa ada kisah.