Ads 468x60px

Friday, August 27, 2010

Konflik di pejabat

Hari ni dah berlaku satu peristiwa bersejarah dalam syarikat tempat aku berkerja. 2 orang direktor melepaskan jawatan secara tiba-tiba. Kesian gak aku tengok bos aku tinggal sorang-sorang. Syarikat tempat aku kerja sekarang ni takde la besar pun, syarikat kecik je. Ibarat syarikat yang baru belajar nak bertatih. Masih baru untuk berjinak-jinak dengan tender.

Diorang letak jawatan lepas kena sembur dengan bos besar. Elaun di bagi RM6000 sebulan, termasuk kenderaan, trithon dan lancer, tapi takde output dari segi perfomance. Kecewa dengan perfomance yang diberikan, bos besar aku luahkan kekecewaan semasa meeting. Dah la banyak perkara nak kena setelkan, bertambah pulak dengan hal yang macam ni. Dah la raya semakin dekat. Aku sebagai orang yang rapat dengan bos besar memang terasa la kekecewaan bos aku tu.

Sekarang ni, apa yang perlu aku buat ialah menggantikan tugas-tugas pemegang saham yang letak jawatan tu. Dah macam bos lak aku ni.

Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Puasa


Semalam hari pertama sambut puasa dalam tahun 2010 ni. Perkara pertama yang aku kena tahan ialah sangap rokok weh! Tapi disebabkan kemachoan aku, berjaya jugak la aku tahan rokok. Hasil dari kesangapan rokok aku tu membuatkan aku tertidur selama sejam dari pukul 2.30 sampai ke 3.30 kat tempat kerja. Sebelum tidur tu aku sempat pesan kat kawan aku sorang ni, ' lam, ko tolong kejut aku pukul 3 karang ' and kawan aku membalasnya dengan berkata ' alrite '.

Aku sendiri tak sedar terlelap pukul berapa, sedar2 je, kawan aku tu kejut siap tanya lagi tu nak tambah lagi setengah jam tak? hahahaha... Aku rasa aku angguk kot time tu. Penyudahnya pukul 3.30 baru aku bangun gi cuci muka. Bos aku lak tak masuk opis sehari suntuk ni, so bermaharajalela la kat dalam opis.

Seperti kebiasaan, aku hanya bukak puasa sorang2 je seperti tahun lepas and 2 tahun lepas. Life aku memang camni. Sometime tu boring gak. Aku ada gak member2 kat luar sana tu, tapi aku saje je malas nak kacau. Maklum la, nak kena buat simpanan sekarang ni. Nak kawin la katakan. Terpaksa la berjimat cermat dengan apa yang ada.

Shopping makanan kat bazaar Ramadhan di Kota Damansara seksyen 6. Apa yang aku dapat tengok, harga makanan semakin naik. Takde yang murah. Air dah cecah RM1.50 untuk dalam cup tu. Tahun lepas RM1.00 je. Mungkin sebab selepas 'penyelarasan' subsidi kot jadi camni. Hehehe... Macam biasa, kalau keluar berjalan kat tempat orang ramai ni, mata mesti la nak merayau kan. Apa yang aku tengok semalam, masih ramai yang tak tau nak hormat bulan puasa ni. Pakai seksi tak ingat dunia. Baju jenis nak tayang lurah je. Salah sorang yang aku nampak semalam ialah Anjolie Lavocah a.k.a Zarina Anne (perasan minah saleh agaknya) yang mana keseksian dia lantak pi lah orang nak kata apa.

Alrite... aku nak sambung buat kerja lak.

Thursday, August 5, 2010

Mengejar Kemewahan



Aku baru je balik dari sesi diskusi dengan bos aku. Dok bersembang pasal bisnes kat starbuck sampai pukul 1 pagi. Agaknye mamat yang kerja kat starbuck tu mesti sakit hati tengok kitorang melepak time kedai dah nak tutup. Hehehe...

Topik perbincangan utama untuk sesi malam ni ialah mengejar kekayaan. Apa yang perlu aku buat dan target aku sebelum umur mencapai 30. Of course la semua orang nak jadi jutawan kan. Aku pun sama. Banyak duit
tuuuuu... Banyak perkara yang aku kena kejar kalau aku ingin bergelar jutawan. Aku tak boleh setkan dalam kepala aku yang aku ni kerja makan gaji. Aku kena setkan yang aku bekerja untuk diri sendiri dan secara tak langsung, aku boleh belajar untuk berniaga style korporat.

Dulu aku pernah berniaga kat ebay, tapi tak lama lepas tu bisnes ebay aku lingkup. Bayangkan la, dah sedap-sedap aku syok enjoy dengan hasil ebay, tiba-tiba ebay boleh suspend plak akaun aku. Agak hampeh jugak la ebay tu. Tapi takpe, aku tak pernah putus semangat. Aku akan terus berniaga selagi hayat dikandung badan. Aku tak nak makan gaji, sebab aku tak suka makan gaji. Prinsip aku, kita takkan kaya selagi kita tak berniaga.

Monday, August 2, 2010

Kehidupan Seorang Programmer


Banyak kali aku cuba menceburi bidang perniagaan. Tapi kebanyakan bisnes aku tu semuanya boleh dikatakan tak berapa mencapai tahap yang aku nak. Banyak kali aku kecundang di tengah jalan. Apakan daya, aku hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan rezeki aku.

Kali ni aku cuba kembali menjadi seorang programmer. Yup, di satu ketika dulu, ketika aku masih bergelar fresh graduate, aku bekerja di sebuah syarikat IT walaupun aku bekelulusan bidang kejuruteraan elektrik yang mana sepatutnya aku menjadi seorang jurutera elektrik. Oleh kerana aku tidak berminat dengan kerja-kerja di kilang, aku terima je la kerja dengan syarikat IT tu. Dan bermula dari situ, aku belajar selok belok macam mana untuk menjalankan perniagaan.

Aku bermula dengan menjadi seorang freelance programmer. Aku kalah dalam bidang marketing sebab aku tak berapa pandai untuk menonjolkan diri. Apabila ada permintaan, aku kena tunjukkan sample yang aku buat. Kebanyakan sampel yang aku tunjukkan tidak memuaskan hati orang yang meminta. Waktu tidur yang tak menentu, makan pun tak menentu jugak akibatnya aku senang dapat sakit. Baru aku tau perit jugak kalau menjadi seorang programmer ni walaupun kerja hanya duduk di pejabat. Dan aku dapat merasai apabila hasil program yang dibuat senang-senang je dicetak rompak senang kata, hasil di cedok dengan sesuka hati tanpa memberikan sebarang kredit kat aku.

Walaupun terdapat banyak programmer yang bermurah hati kat luar sana, tapi atleast kena la bagi kredit kat pencipta sesuatu aplikasi tersebut. Jadi, kepada masyarakat kat luar sana, tolonglah jangan beli yang cetak rompak.