Ads 468x60px

Saturday, September 11, 2010

Hari Ke 2 Raya

Buat pertama kalinya sejak peristiwa di ofis hari tu, aku dapat tidur dengan nyenyak. Terasa badan begitu segar sekali. Baru rasa semangat sket nak buat urusan harian bila tidur & rehat cukup. Walaupun kadang-kadang diganggu oleh adik aku yang asyik-asyik bukak pintu intai tengok laptop aku ni tengah free ke tak, sebab dia nak main facebook.

Ada jugak terasa hangin, tapi memandangkan dia nak guna, aku tak kesah. Aku just buat-buat tak sedar dia masuk bilik nak amik notebook aku bawak lari gi masuk bilik dia.

Aku baru bercadang nak gi jalan-jalan beraya sambil bercuti kat cameron highland, tiba-tiba aku terbaca satu email yang bagitau, hati-hati kalau nak gi ke tanah rata, banyak samseng india kat situ. Jangan lepak kat restoran D'Cennai. Kalau nak bercuti, gi kat Brinchang.

Bila aku dapat email yang macam tu, buat aku pikir 2-3 kali nak gi ke tak nak cameron tu. Kena pikir plan B lak. Gi genting kot. Tapi of course kena keluar banyak duit kalau gi genting. Mana lagi laaaa aku nak gi ni. Aku nak gi hamek angin sejuk je. Bukit bendera jauh sangat la pulak. Tolong bagi cadangan, kat mana tempat tanah tinggi yang best untuk jalan-jalan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua umat muslimin dan muslimat di luar sana. Sekarang ni dah dekat pukul 4 pagi. Aku tak dapat tidur lagi sebab banyak perkara yang tengah aku pikir. Baju raya sempat beli sehelai je. Kuih raya plak sempat beli 4 jenis. Tu pun satu jenis, satu bungkus. Punya laaaaa takde masa nak shopping.

Nampaknya tahun ni aku tak dapat nak beraya sakan macam tahun lepas. Bila balik kampung, terasa sayu je hati ni sebab aku tak sempat nak sumbang apa-apa sangat. Setakat kuih raya 4 jenis tu je la. Ooo... Ada lagi, lemang 2 batang aku beli untuk last shoot. Cuti raya aku lak sampai 15hb ni je. Kira ok la tu dapat cuti dekat seminggu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 6, 2010

Aku tensen!!!

Raya dah dekat. Kerja berlambak. Dengan kadar kekejaman bos aku yang semakin bertambah, aku tak dapat nak rehat. Walaupun hari minggu, aku di push kena buat kerja. Semua ni gara-gara 2 orang director resign serentak. So banyak kerja diorang yang aku terpaksa take over.

Kadang-kadang rasa terkilan dengan bos aku ni pun ade jugak. Tapi apakan daya, aku hanyalah seorang pekerja yang hanya menurut perintah. Aku memang tak sempat nak shopping ni and bos aku tau aku tak buat apa-apa preparation untuk hari raya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.