Ads 468x60px

Wednesday, April 27, 2011

Kegilaan aku terhadap #broadband di #Malaysia

Aku suka sesuatu benda yang baru. Kadang-kadang bila ada iklan pasal promotion yang membabitkan pasal servis broadband kat Malaysia ni, memang aku terase je nak cuba laju-laju. Aku mementingkan internet yang berkualiti memandangkan aku selalu je bergerak, so kelajuan+stabil+coverage+harga memang menjadi faktor utama untuk aku melanggan broadband.

Untuk pengetahuan korang yang sudi baca blog aku yang tak seberapa nih, aku pernah melanggan 5 telco untuk buat comparison pasal broadband ni iaitu Celcom, Digi, Maxis, Umobile & yang terbaru Yes4G. Dan yang paling penting, aku lebih suka melanggan yang Prepaid berbanding Postpaid sebab malas nak terikat dengan komitmen.

#Celcom Broadband
Celcom aku dah gunakan lebih 2 tahun dan apa yang aku boleh simpulkan kat sini pasal Celcom Broadband...SANGAT TERUK event kat tempat 'This is Celcom Territory' pun tak guna.USELESS! Puas aku call customer service, sikit pun takde improve. Maximum speed yang pernah aku dapat la sepanjang gunakan Celcom broadband = 200++ kb. Lagi satu kekerapan disconnect telah menyebabkan aku dapat dosa kering sebab mencarut maki Celcom. hak hak hak.

Pakej Prepaid Celcom  Broadband:
RM6/day
RM18/week

Nampak macam murah? Sila baca review bawah lak untuk perbandingan yang lain.

#Maxis Broadband
Aku cuba pulak guna Maxis Prepaid Broadband lepas aku terminat Celcom Broadband. Aku buat la speedtest tengok macam mana kelajuan. Pehhh... 3.6Mbps... tu modem CSL je yang aku pakai. Maksimum dah tu.

Pakej Prepaid Maxis Broadband:
RM8/day - 500mb bandwidth
RM25/week - 2G bandwidth
RM58/month - 1.5G bandwidth

#Digi Broadband
Lepas seronok dengan Maxis Prepaid Broadband, aku pi beli simkad Digi. Time tu maksimum RM5 daily. Stabil tapi sayang...... Bukak youtube je buffer tak sudah-sudah. Tekanan jugak.

#Umobile Broadband
Pada satu hari, aku bukak website Umobile (time tu aku tengah gunakan maxis), tengok pakej prepaid broadband apa yang ada. Pehh... Semurah RM10 sebulan (100mb je...LOL). Tanpa membuang masa, terus aku pi beli starter pack Umobile. Aku pun cuba la tengok RM10 punya pakej. Tu diaaa.... bestnyaaaa (hati aku menjerit). Tapi sayang jugak la, sebab Umobile hanya support handphone 3G je sebab pakej RM10 sebulan tu sesuai untuk mobile surf je.

Pakej Umobile Prepaid Broadband boleh tengok kat sini http://www.u.com.my/broadband/plans


#Yes4G
Haa... yang ni tak boleh nak kata apa la tang speed. Maksimum aku pernah dapat 15mbps. average 8-10mbps kat area rumah aku. Time aku beli tu tak dak pakej bundle lagi, so memang mahal la untuk melayan youtube (takdak buffer langsung walaupun HD) . Sekarang ni dah ada pakej bundle, siap dapat free call dengan sms lagi tu. Bukak website Yes4G tu kat sini http://www.yes.my/v2/say-yes/buy-yes-valuepack-68.do

Tuesday, April 19, 2011

Buzz YES4G

Nafsu aku berkobar-kobar nak beli handphone pertama 4G kat Malaysia ni. Tapi tunggu hujung bulan dulu la baru aku boleh nak beli. Maklum la... Baru nak gaji la katakan. hehehe... Dalam dok godek-godek carik info kat google review pasal handphone ni, aku tak jumpa banyak info. Ni bermakna, tak ramai lagi yang guna handphone ni.

So, kalau tak ramai yang guna, boleh la aku nak berlagak nanti. Guna kat dalam train, dalam bas, kat RNR highway. Di sebabkan aku ni selalu je bergerak ke hulu hilir, aku usha dulu la coverage kat website Yes tu. So far, aku boleh admit lagi la coverage yang ade dari utara sampai selatan semenanjung. Kat belah pantai timur takde lagi. Tapi aku rase, tak lama nanti ada la tu sebab Yes ni bukan sekadar data je, siap ada voice lagi tu. Kalau tak cover menyuluruh, jangan harap la orang nak pakai.

Arghh... Nafsu aku tengah bergelora nak beli handphone ni laju-laju.
RM488 je pon.hahaha...