Ads 468x60px

Thursday, July 21, 2011

Penafian Dari #MPPA Isu Gambar #Palsu

Semalam Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) buat laporan polis untuk menafikan dakwaan kononnya gambar yang di paparkan pada surat khabar Berita Harian dan NST adalah palsu. Komen aku pasal isu ni adalah, gambar tersebut telah dimanupulasikan yang mana gambar seorang lelaki yang memegang bendera telah di olah untuk kelihatan seperti memegang pisau. Bukan tu saja, untuk menguatkan lagi dakwaan kononnya lelaki dalam gambar tersebut memegang pisau, ditambahkan lagi caption kat tepi tu 'Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram'. Sila lihat gambar di bawah. Kredit kepada MiloSuam. Kamu fikirlah sendiri siapa yang betul, siapa yang salah. Jangan butakan mata sebelah hanya kita cenderung kepada sesuatu pihak. Celikkan mata untuk dapatkan info dari sumber yang banyak.


Gambar yang dipaparkan dalam Berita Harian

Orang yang sama tapi gambar dari sumber yang lain

PS: Aku hanya mampu tergelak dan tersenyum melihat penafian ni...

Petikan dari Berita Harian Online :


KUALA LUMPUR: Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) semalam membuat laporan polis terhadap seorang blogger yang mendakwa gambar seorang lelaki yang menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu dan disiarkan pada muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian adalah gambar palsu.

Dalam laporan polis itu, MPPA mempertahankan keaslian gambar berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju putih, berseluar celoreng tentera serta menutup muka, cuba membaling sesuatu.
Laporan itu dibuat Presiden MPPA, Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam. Turut hadir, jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) yang merakamkan aksi itu, Effendy Abdul Rashid.

Mat Salim yang ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tuduhan blogger terbabit menerusi laman sosial, Facebook dibuat tanpa usul periksa dan boleh menjejaskan imej MPPA.

Katanya, MPPA sebelum ini memberi tempoh kepada blogger itu yang juga seorang pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk meminta maaf kepada Effendy dan NSTP, tetapi gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Effendy berkata, beliau terkilan dengan tindakan blogger terbabit yang mempersendakan kerjanya dengan menyebarkan cerita bahawa gambarnya menggunakan teknik pertindihan imej.

“Ia karya asli saya, malah saya mempunyai 11 keping gambar yang mempunyai jalan ceritanya sendiri jika disusun mengenai tindakan lelaki terbabit mengambil kanister gas pemedih mata di hadapan Menara Maybank sebelum membalingnya,” katanya.

Monday, July 18, 2011

Mentaliti Masyarakat Melayu Memang Susah Nak Ubah?


Susah nak ubah mentaliti orang Melayu sekarang ni. Sampai bila la orang Melayu ni nak maju kalau dalam fikiran tu asyik beranggapan 'kerja = makan gaji'. Nak kerja best, gaji besar. Tak yah meniaga, menyusahkan kepala je asyik nak kena fikir pasal staf, maintenance bulanan etc.

Kadang-kadang tu aku sampai tak larat nak menjawab setiap pertanyaan orang, apa yang aku buat untuk hidup. Orang tak faham, memang susah aku nak terangkan. Sebab tak semua orang yang tanya aku tu berfikiran untuk berniaga. Yang tanya aku tu pula orang yang kerja government, kerja engineer, kerja kat offshore, kerja kerani, pensyarah. Senang kata makan gaji la. Bila aku cakap sekarang ni tengah tak meriah, orang-orang yang macam aku senaraikan tu la yang akan condemnkan aku.

Berbeza dengan orang yang jual karipap, jual ikan kat pasar, jual air kat pasar malam, owner cybercafe, owner kedai printing akan beri reaksi yang totally kontra dengan apa yang orang aku senaraikan sebelum ni bagi.

Anda tergolong dalam golongan yang mane satu?

Monday, July 11, 2011

#Mangsa Terbaru Akibat Kecuaian Polis - Mohd Azizul Muda

Apa la nak jadi dengan polis sekarang ni. Dah banyak sangat tahanan mati dalam lokap. Orang yang dalam lokap tu pun adalah makhluk Allah jugak. Jangan la dilayan macam hamba abdi. Sejahat-jahat manusia macam mana sekalipun, kita kena bersifat baik. Jangan jadi bacul gi belasah orang yang kena ikat kat tangan.

Mangsa terbaru kali ni ialah Mohd Azizul Muda, berumur 24 tahun. Mak si mangsa dah minta awal-awal tolong bawakan anak dia pergi hospital. Tapi boleh lak polis cakap yang anak makcik tu, Mohd Azizul Muda pura-pura tak sedarkan diri je. Apa punya bingai la statement polis ni. End up, si mangsa tu dah meninggal sebab lambat hantar gi hospital. Memang tersangat la sedih kalau jadi macam ni kat keluarga sendiri. Kepada ibu si mangsa, Puan Zainun Mamat tabahkanlah hati. Perbuatan zalim akan dibalas dengan setimpalnya oleh Allah SWT.

Petikan dari Berita Harian Online :




KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu.

“Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi,” kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam.
Zainun yang juga suri rumah, mempertikaikan kelewatan polis menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hingga menyebabkan kematian Mohd Azizul Muda, 24, yang didakwa meninggal dunia kerana kecederaan akibat jatuh motosikal di Taman Semarak.

Beliau berkata, Allahyarham dan abangnya, Mohd Suhaimi, 38, keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak, untuk menikmati roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam Rabu lalu.

Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal.

“Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu,” katanya.

Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya.
“Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah.

“Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya,” katanya.

Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut.

Wednesday, July 6, 2011

#Kecoh Penyanyi #Lubnan, #Elissa Diugut Simbah Asid

Seorang penyanyi terkenal Lubnan, Elissa telah diugut oleh seorang lelaki bahawa mukanya akan disimbah dengan asid. Elissa yang ketakutan terus membuat laporan polis dan mengupah pengawal peribadi. Dahsyat jugak orang tanah Arab ni. Tapi apa kurangnya orang kat Tanah Melayu ni sendiri. Sama juga kejam. Bahkan ada yang lagi kejam. Sanggup bunuh budak kecil, dipijak-pijakkan lagi lak tu.

Elissa

Kalau tengok muka penyanyi ni kan, nampak sangat la tidak original kan. Ada la suntik-suntik, adjust sikit tang dagu, bibir, pipi agaknya.  Mungkin lelaki yang ugut nak bakar tu meluat kot tengok muka si Elissa ni.

Sedikit sebanyak maklumat tentang diri Elissa :
Nama sebenar : Elissar Zakaria Khoury
Tarikh lahir : 27 Oktober 1972
Kacukan Lebanon (bapa) dan Syria (ibu)

Setelah meng'google'kan info pasal Elissa ni, sebab aku ragu-ragu dia ni agama apa (faham-faham je la, kat Arab sana nama je dah macam Islam, tapi sebenarnya Kristian), minah ni menganut agama Maronite Christian. Penganut agama ni paling banyak ada kat Lebanon la. So no wonder la minah ni punya pakaian bukan main lagi seksi.

Petikan dari Berita Harian Online :

BEIRUT: Penyanyi Lubnan, Elissa (atas), ketika ini berada dalam ketakutan selepas menerima ancaman daripada seorang lelaki yang bersumpah membakar mukanya dengan asid.

Lelaki yang membuat ugutan itu dilaporkan peminat seorang lagi penyanyi terkenal negara berkenaan, Nawal Al Zoughbi.

Elissa membaca ugutan berkenaan yang disiarkan beberapa laman web mengatakan lelaki itu dan sekumpulan peminat Nawal lagi merancang menyimbah asid ke muka Elissa untuk merosakkan sama sekali wajahnya. 

Lelaki yang merancang ancaman itu juga menggesa semua peminat Nawal membantunya melaksanakan rancangan berkenaan. 

Bagaimanapun, sebab dia mahu melakukan serangan itu tidak didedahkan. 

Pegawai kanan polis segera diminta mengambil langkah perlu termasuk menahan lelaki dan bagi melindungi Elissa meskipun ancaman berkenaan yang disiarkan di laman web dipadamkan dua jam kemudian. 
Berikutan itu, Elissa mengambil keputusan mengupah beberapa pengawal peribadi bagi mengawalnya pulang dan mengiringinya pada setiap masa bagi mengelak serangan lelaki terbabit termasuk orang lain. 

Dalam satu lagi perkembangan lain, Elissa menamatkan pembikinan lagu muzik video terbarunya berjudul ‘Bitsada’ Bi Meen’ (Siapa yang kamu percaya), yang terkandung dalam album terbarunya. 

Klip itu dirakamkan atas arahan Emile Seelani di beberapa lokasi di Beirut. Lagu itu juga akan disiarkan di beberapa saluran televisyen satelit tidak lama lagi. 

Lagu itu ditulis oleh penyajak, Nader Abdalla dan diedarkan oleh syarikat Tamim dengan Waleed Saed sebagai pengarah dan dihasilkan firma Rotana’. 

Sementara itu, majalah perniagaan Arab menyenaraikan Elissa di tempat ketiga sebagai dalam senarai bintang pop terkaya Lubnan dengan aset AS$35 juta (RM105 juta). Bintang pop terkemuka Mesir, Amr Diab adalah yang paling kaya dengan AS$$41 juta (RM123 juta). 

Di tempat kedua ialah Nancy Ajram, memiliki AS$36.3 juta manakala Fairuz di tempat keempat dengan AS$29.5 juta (RM88.5 juta). – Agensi 

Tuesday, July 5, 2011

#Video Amah Indonesia Dipancung Kepala Di Arab

Salam uolz, sedang aku melayari youtube, aku terjumpa satu klip video yang mana seorang amah Indonesia di Arab Saudi kena hukuman pancung kepala. Masih ingat lagi tak isu seorang amah Indonesia Ruyati binti Sapudi yang telah didapati bersalah sebab bunuh majikan dia dengan pisau dapur. Amah tu memang mengaku dia membunuh tapi atas alasan mempertahankan diri sebab majikan dia cuba buat gangguan seksual. Wallahualam, kita sendiri tak tau apa yang sebenarnya terjadi.

Peringatan / Warning : Video ni mungkin akan mengganggu perasaan masing-masing. Bagi yang lemah syahwat, dinasihatkan jangan tengok. (This video maybe will make you uncomfortable)


Takziah Kepada Keluarga #Nurrahayu Qomarodin

Terkejut aku bila baca news pasal kematian Nurrahayu Qomarodin. Tak sangka ada lagi manusia yang kejam macam ni bunuh, kerat lepas tu bakar. Dah iras-iras sama macam kes Allahyarham Sosilawati Lawiya. Apa la nak jadi dengan dunia ni. Kepada anak gadis, sila la berhati-hati bila keluar. Bagi yang tak cukup umur tu, jangan la teralu mengikut nafsu nak keluar ikut jantan lain. Dok rumah, belajar rajin-rajin, jadi orang yang bijak.

Petikan dari Kosmo online



JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.

Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin (gambar kecil) yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.

Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.

"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.

"Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam. Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.

#Sajak - Kehidupan Yang Bosan (A #Boring Life)



A BORING LIFE
Life is so boring
first off to bed and snoring
Wake up, make up and dress up
off to work, only to mess up
One o’ clock, time for lunch
where you only have time to munch
Back to routine work
only to face the boss who is a jerk
When I wonder will five o’clock come
cos’ that’s the time to be home
Home? Oh to the same old house of mine
going back home, waiting for dinner time
After that, TV time just sitting there
in front of the idiot box and stare and stare
Then what? But off to bed of course
and have my life restart its course
Round and round it goes…
When it will stop nobody knows.
Credit to Mental Jog

Sunday, July 3, 2011

Uji Tahap Keberatan Blog Anda

Salam semua, hari ni kita mulakan topik dengan Bismillahirramanirahim...

Okeh uolz, memandangkan aku terasa ingin menukar theme blog ni, jadi aku dok fikir-fikir la... Nanti kalau aku tukar theme, berat ke loading page aku ni nanti? So, untuk mengetest tahap keberatan loading page, aku cadangkan guna tools kat website ni http://tools.pingdom.com/. Sangat berguna.



Bayangkan la kalau loading page blog kita ni lembab, secara otomatiknya, mesti pelawat akan berkurangan. Malas nak baca kita punya tulisan dan secara tak langsung mengakibatkan earning berkurangan (hehehe)...

Tips untuk mengelakkan loading page menjadi berat :

  1. Kurangkan penggunaan flash
  2. Kurangkan penggunaan javascript (tracker,bling-bling)
  3. Jangan letak gambar banyak sangat
  4. Jangan letakkan video/muzik yang autoplay (ramai blogger yang tak alert perkara ni)
Tak semua orang mempunyai kelajuan internet lebih dari 1mbps. Macam aku ni, nak save bandwidth punya pasal, aku terpaksa gunakan flashblocker & imageblocker.

p/s: jom semak rahsia tarikh lahir untuk hari ni

Friday, July 1, 2011

#Keyword Blog PriaTeruna

Sekarang ni dah masuk bulan Julai. So aku check la statistik blog aku ni. Nampak ada la pertambahan pengunjung since aku mula aktif menulis. Kalau nak dibandingkan dengan website lagi satu yang aku buat tu, memang jauh la...bak langit dengan bumi. Tapi sayang, aku abaikan website lama aku tu tanpa aku sedari website tu tersangatlah berpotensi untuk menjana duit melalui internet. Dan rata-rata trafik yang masuk kat blog aku pada bulan Jun pun datang dari website aku yang lagi satu tu la.

Keyword yang datang dari search Engine

Seperti statistik kat atas tu, nampak tak ada la meriah sangat pun kan. Orang banyak jumpa blog aku ni kalau nak cari hal berkaitan telco je. Takpe, aku akan struggle lagi nak naikkan trafik. Insyaallah...

Jangan lupa ketahui rahsia tarikh lahir korang. Klik kat sini, free je. Sekadar berkongsi.