Ads 468x60px

Monday, November 22, 2010

Bengang! Bengang! Bengang!

Aku tak tau nak luah kat sape tiap kali aku rasa tak puas hati. Blog ni aje la tempat aku luahkan hati. Susah betul kalau dapat bos yang tak paham situasi. Tau la awak tu nak kejar duit, tapi pikirkan jugak la situasi pekerja. Jangan la sebab nak untung cepat, habis semua kena kerah tenaga dengan masa sampaikan waktu beristirehat dengan keluarga pun nak diganggu. Ni bukannya kali pertama jadi macam ni, tapi dah banyak kali dah.

Ditambah pulak dengan kaki kipas baik punya habis semua task aku ditapau sebab nak tunjuk kononnya aku ni tak buat kerja. Memang hangin la jadi macam ni. Semua yang aku buat takde yang perfect. Dah banyak kali aku bagi pendapat, mostly hampir semua kena tolak. Kata nak buat bisnes online, bila aku prefer guna  paypal, dikondemnya aku. Suruh guna Maybank merchant. Bila aku explain kelebihan paypal, taknak dengar.  Sekarang ni hamek!!! Aku akan buat apa yang dimintak aje. Kalau timbul kesukaran nanti, pandai-pandai la nak setel sendiri.

Tu baru sikit. Belum lagi masuk part deliver kerja. Bos aku mintak aku buat satu sistem survey, bila aku dah siapkan sistem tu base on php + style survey terkini, dikondemnya lagi yang aku buat tu tak memenuhi citarasa sebab dia prefer style classic (using classic ASP). Yang kaki kipas tu pulak haram tak tau apa-apa pasal programming.

Lepas tu dimintaknya aku lead buat logo, and aku mintak designer sediakan 5 logo yang sesuai dengan theme.  Kaki kipas dengan bestnya mengkondemkan aku dengan alasan tooooo simple. Dengan bestnya aku menjawab dalam hati, simple but creative macam logo amazon.com. Yang kaki kipas ni plak tunggu masa je aku nak meletup. Sekarang ni tengah mendidih je. Jangan sampai aku bersuara sebab bila aku bersuara, aku
agak outspoken.

Aku dah belajar dari past mistake pasal outspoken ni, sebab tu aku just mendiamkan diri bila dikondem. Bertahan dengan sifat baran. Senyum aku senyum kelat depan mereka. Buat kerja sekerat, lepas tu pas kat aku, celah mana aku nak sambung kalau tak tau hujung pangkal. Takpe, aku akan buat aje. Kalau silap, silalah maki aku.

Berbalik kat bos aku ni ha, of course bila kita buat satu portal komuniti, nak kena linkkan dengan facebook dan twitter. Dikondemnya lagi atas alasan buang masa benda tu semua. Dalam hati aku WTF! Camne nak tarik traffik kalau tak guna medium yang tengah famous macam ni. Aku nasihatkan SEO kena bagus walaupun komuniti ni hanya untuk eksklusif, tak dipedulinya. Still prefer cara approach cara lama yang menggunakan kos yang tinggi.

Dulu bila aku pernah buktikan depan bos aku yang aku boleh tarik trafik yang bagus kat salah satu online portal yang aku create sekadar suka-suka, dikatanya tu style budak-budak. Tengok niche la bro. Haiz... Memang aku tengah hangin sampai tak boleh nak tido.

Sunday, November 21, 2010

Jangan Luah Segalanya Di Facebook!

Tiap kali aku bukak facebook, macam-macam status yang aku nampak orang taip. Tengah main dengan anak buah la, tengah main bowling la, sampaikan nak gi tandas pun announce kat facebook. Penangan facebook cukup hebat. Kalau tak bukak satu hari, ada yang sampai berpeluh sebab kesangapan nak jenguk facebook.

Ada jugak yang poyo tunjuk duit banyak-banyak kat facebook. Menyampah pun ada jugak. Sebulan sekali aku akan buat pemutihan friendlist aku di facebook. Bos aku pun kemaruk facebook cuma dia tak kemaruk untuk update status je la.

Kenapa la Celcom Blackberry ni

Dah sebulan aku mengalami kekerapan disconnect dengan celcom blakcberry ni. Kadang-kadang tu rasa geram je sampai nak tukar telco lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.