Ads 468x60px

Wednesday, January 18, 2012

Ikan Bawal Masak 3 Rasa Tiptop Punya



Minggu lepas (13/1 - 15/1) aku gi Batu Pahat jumpa wife aku kat sana. Maklumlah, nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami, so aku kena la berkorban sikit. Naik bas je nak gi sana. Kalau nak drive, memang tak larat la dari Shah Alam ni.

So nak dijadikan cerita, pada Hari Sabtu, aku dengan wife aku keluar jalan-jalan kat tepi pantai nelayan di Batu Pahat tu. Minum air kelapa, tengok perigi bersejarah and then tergerak hati nak gi beli ikan kat situ. Yang ada kat situ ikan bawal dengan ikan apa ntah. Lupa lak nama ikan tu. Then wife aku nak ikan bawal... Dia yang bayar tapi bersyarat la pulak... Aku yang kena masak... Hehehe... Hentam je la...

So hari ahad tu, ikan tu pun mula dimasak. Dengan cemerlangnya aku buat ikan bawal masak 3 rasa. Kami berdua makan sampai licin. Hahaha... Nasib baik wife aku suka, sebab ni la 1st time aku buat ikan bawal masak 3 rasa. Sebelum ni tengok orang buat je, kali ni aku lak yang buat sendiri. Gambar kat atas tu adalah gambar sebenar hasil tangan masakan aku... Tiba-tiba aku rasa terliur lak bila tengok gambar ni.

Monday, January 16, 2012

Pakej Broadband Terbaru Dari Umobile


Nampaknya Umobile ni betul-betul nak bagi persaingan sengit untuk telco kat Malaysia ni. Untuk pengetahuan u olz, aku subscribe Umobile broadband prepaid kat henppn kesayangan aku ni. So far aku berpuas hati la dengan servis yang ada sebab rata-rata tempat aku pergi, semua dalam kawasan bandar lagi.

Pakej broadband yang terbaru kali ni yang available pada Umobile adalah MB15 di mana RM15 untuk 15 hari dengan quota sebanyak 500mb. Ok jugak kalau nak compare dengan Celcom RM38 30 hari untuk 1gb. Yang Celcom ni available untuk postpaid je. Yang Umobile ni pulak untuk prepaid pun ada. Ni yang buat aku bertambah sayang den gan Umobile ni. Jom pakat-pakat pakai Umobile. Hahahaha...

Wednesday, January 11, 2012

Behind The Scene

Aku dah kahwin!!! Video Behind The Scene Bakal Menyusul. Saksikan!!!

Tuesday, January 10, 2012

Video Kahwin Yang Sangat Sweet


Layankan video ni. Sangat sweet kan... Mesti la aku kate sweet sebab aku yang kahwin! hahahaha... Alhamdulillah...

Monday, January 9, 2012

Letupan Bom Di Mahkamah Selepas Keputusan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Dua cedera susulan dua letupan bom berasingan berlaku di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini, pagi tadi.

Kejadian pertama jam 10.10 pagi mengakibatkan seorang peguam cedera di bahagian muka, kira-kira 50 meter dari laluam masuk utama mahkamah.
Pada jam 10.45 pagi, letupan kedua kedengaran berhampiran Pusat Penjaja Jalan Duta mengakibatkan seorang individu lelaki cedera di bahagian tangan.
Bagaimanapun, pihak polis masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung insiden terbabit.

Sumber: Berita Harian Online