Ads 468x60px

Featured Posts

Tuesday, July 3, 2012

Bulan Julai Menjelma


Alhamdulillah dah masuk bulan Julai sekarang ni. Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan lak. So bagi para perempuan sana yang belum lagi ganti puasa tu, cepat-cepat la ganti puasa ye. Kalau tak ganti, nanti kena bayar fidyah.

Bulan Julai ni mungkin akan menjadi bulan yang sibuk dengan kerja. Macam-macam nak di uruskan sebelum masuk bulan Ramadhan. Semua perkara kalau boleh nak kasi setel sebelum masuk bulan puasa sebab time bulan puasa nanti waktu kerja dipendekkan sikit.

So, selamat mengganti Puasa!!!

Saturday, June 30, 2012

Simkad Broadband Maxis SKMM

Aku baru je beli simkad dari Maxis Broadband SKMM ni. Tengah test drive apa yang istimewa sangat dengan simkad ni. So far ni macam biasa je la aku rasa. Dari segi speed pun tak ada apa-apa yang spoil. Mungkin dari segi rate kot yang buat simkad Broadband SKMM ni tengah panas macam pisang goreng.


Aku nak tengok sama ada kuota ni ulimited atau limited. Kalau unlimited, berapa speed yang dapat lepas lebih kuota. Untuk starter pack ni, diorang bagi 700mb bandwidth data untuk tempoh 30 hari lepas diaktifkan.


Thursday, May 24, 2012

Jagalah Ayat Karangan Tu Dik OIIII

Setelah agak lama bz dengan kerja... siang kerja kat pejabat, malam kerja part time kat luar pejabat, malam ni aku ada masa nak berkarangan. Mencari rezeki yang halal... maklumlah, dah berkeluarga ni, komitmen pun dah bertambah. Tak boleh nak hidup macam zaman bujang dulu-dulu.

Kalau zaman bujang tu lain la. Nak keluar pukul berapa pun takde hal la. Dapat call dari kawan nak ajak lepak, terus on laju-laju. Sekarang ni, kalau nak melepak, kena set at least seminggu awal. Senang nak schedule sket.

Dalam ke'bz'an aku ni, sempat gak la aku berblog walking. Jalan-jalan gi blog orang lain saja nak baca. Cuma aku jadi menyampah bila baca blog yang gunakan shortform yang melampau-lampau. Dan kebanyakan blog yang gunakan shortform macam bangang tu adalah budak remaja perempuan yang bajet cool la kalau tulis camtu. Rasa nak bagi penyepak je kat orang tu. Dah tu pulak, asyik nak bercerita pasal boipren gerlpren je. Blog yang penuh dengan bling-bling, font semua kasi center dok kat tengah-tengah. Mouse trail pun nak ada bling-bling jugak. Adoi... Nak tegur kang, ada yang menjawab 'ni blog aku, suke hati aku la tulis camne pun.'.

Hah... Oleh itu nasihat aku kepada kengkawan semua, jagalah penggunaan tatabahasa yang betul kalau nak berkarangan tu. Takyah la nak bershortform pebagai.

Majulah sukan untuk negara.

PS: Dulu aku kemain benci dengan MLM, sekarang ni aku kena buat satu sistem aplikasi untuk MLM. Hahaha...

Friday, March 16, 2012

Orang Perempuan Wajb Solat Jumaat?


dalam dok tengok facebook pagi ni, terjumpa la satu post dari sorang rakan sekampung aku. ni screen shot dia. klik kalau nak tengok lagi besar.so... apa pandangan kalian?


Monday, March 12, 2012

Musim dapatkan anak

Hai u olz...kali ni aku nak bercerita tentang musim untuk dapatkan anak. Kebanyakan rakan-rakan aku semuanya dah tau aju ni dah bergelar suami orang. Ada sorang rakan pompuan aku yang kebetulan tarikh nikah dia sama dengan aki, sekarang nii dah preknen. Memang hebat laki dia.

Aku lak masih family planning. Maklumlah... Banyak perkara yang nak kena stenbai dulu sebelum bini preknen. Sok dah dapat anak...apekebende aku tak stenbai lagi memang habis la...

Ok...tiba-tiba mood nak tulis dah takde... Lenkali aku sambong lain...daaaaaaa

Wednesday, March 7, 2012

Hai uolz!

Hai kawan-kawan. Lama dah aku tak update laman sesawang aku ni kan. Maklum laa. Banyak hal nak kena uruskan lepas kawen hari tu. So far, aku tengah dalam kebahagiaan sekarang ni. Hehehe... Wokeh. Mata dah ngantuk... Wa mau tido dulu..

Wednesday, January 18, 2012

Ikan Bawal Masak 3 Rasa Tiptop Punya



Minggu lepas (13/1 - 15/1) aku gi Batu Pahat jumpa wife aku kat sana. Maklumlah, nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami, so aku kena la berkorban sikit. Naik bas je nak gi sana. Kalau nak drive, memang tak larat la dari Shah Alam ni.

So nak dijadikan cerita, pada Hari Sabtu, aku dengan wife aku keluar jalan-jalan kat tepi pantai nelayan di Batu Pahat tu. Minum air kelapa, tengok perigi bersejarah and then tergerak hati nak gi beli ikan kat situ. Yang ada kat situ ikan bawal dengan ikan apa ntah. Lupa lak nama ikan tu. Then wife aku nak ikan bawal... Dia yang bayar tapi bersyarat la pulak... Aku yang kena masak... Hehehe... Hentam je la...

So hari ahad tu, ikan tu pun mula dimasak. Dengan cemerlangnya aku buat ikan bawal masak 3 rasa. Kami berdua makan sampai licin. Hahaha... Nasib baik wife aku suka, sebab ni la 1st time aku buat ikan bawal masak 3 rasa. Sebelum ni tengok orang buat je, kali ni aku lak yang buat sendiri. Gambar kat atas tu adalah gambar sebenar hasil tangan masakan aku... Tiba-tiba aku rasa terliur lak bila tengok gambar ni.