Ads 468x60px

Friday, August 27, 2010

Konflik di pejabat

Hari ni dah berlaku satu peristiwa bersejarah dalam syarikat tempat aku berkerja. 2 orang direktor melepaskan jawatan secara tiba-tiba. Kesian gak aku tengok bos aku tinggal sorang-sorang. Syarikat tempat aku kerja sekarang ni takde la besar pun, syarikat kecik je. Ibarat syarikat yang baru belajar nak bertatih. Masih baru untuk berjinak-jinak dengan tender.

Diorang letak jawatan lepas kena sembur dengan bos besar. Elaun di bagi RM6000 sebulan, termasuk kenderaan, trithon dan lancer, tapi takde output dari segi perfomance. Kecewa dengan perfomance yang diberikan, bos besar aku luahkan kekecewaan semasa meeting. Dah la banyak perkara nak kena setelkan, bertambah pulak dengan hal yang macam ni. Dah la raya semakin dekat. Aku sebagai orang yang rapat dengan bos besar memang terasa la kekecewaan bos aku tu.

Sekarang ni, apa yang perlu aku buat ialah menggantikan tugas-tugas pemegang saham yang letak jawatan tu. Dah macam bos lak aku ni.

1 comments:

Unknown said...

Salam,
Apa yang penting ialah apa sahaja tugasan dan amanah, kita lakukan yang terbaik dan penuh kejujuran dan kerana Allah swt

Post a Comment