Ads 468x60px

Saturday, December 17, 2011

Bagaimana Menggunakan Churp2Says Ni?

Entry yang lepas, aku dah announce akan penggunaan Churp2Says ni. Bagi yang masih lagi konfius macam mana nak gunakan widget tu, meh sini aku nak terangkan.

Rata-rata pengguna churpchurp hanya iklankan pada facebook dan twitter je. Tapi tak ramai yang letak kat blog iklan tu sebab malas atau pun leceh nak letak secara manual. Di samping tu, iklan dari Churpchurp dengan Says.my ni jenis tak lama sebab bila total click tu habis, iklan tu akan expired dengan cepat. Thats why aku set 2 hari je iklan tu kat Churp2Says tu.

Cara nak gunakan widget tu senang je. Mula-mula, lepas dah login kat churpchurp/says.my tu, korang just pilih je iklan apa yang korang nak share. Lepas tu, login kat Churp2Says, letakkan iklan tu beserta ayat provok apa yang korang suka la (tapi jangan la provok yang melampau).

Copy kod widget yang disediakan tu, lepas tu letak la kat blog korang. Boleh tengok kat belah kanan blog aku ni. Aku dah taruk widget tu. At the same time, 2 link yang kat bawah tu merupakan url blog pengguna Churp2Says. Di samping berpeluang untuk menambahkan income, korang pun boleh jugak bertukar link. So it's a win win situation. 'Ko promote blog aku, aku promote blog ko'.

Munculnya idea untuk aku create widget ni bila mana aku terjumpa beberapa entry tutorial 'how to put your churpchurp / says.my advertisement link at blog'. Masih ramai yang terpinga-pinga untuk belajar coding. So aku dah memudahkan kerja, tak perlu susah payah nak pikir pasal koding la, nak kena rajin update link tiap-tiap hari la.

Sekiranya aku dapat feedback yang positif + jumlah like pada facebook yang banyak, aku akan proceed dengan widget yang boleh letak gambar lak. Simple kan?

Sekian... Selamat mencuba!!!


1 comments:

Alongxp said...

thnx... sgt berguna... :)

Post a Comment