Ads 468x60px

Thursday, June 9, 2011

#Steambot sedap



Pada tarikh 06/06/2011 bersamaan hari Isnin, aku telah membuka satu gerai makan steambot bertempat di Seremban. 1st day buka, fuh... berdebar-debar jugak sebab tak tau lagi feedback orang pasal sos yang di buat.

Hari pertama je buka, orang boleh tahan jugak la yang datang nak merasa steambot tu. Dalam hati ni rasa gembira  je sebab orang datang membeli. Feedback pertama yang aku dapat pasal sos ialah, sos terlalu likat+pekat... Pedas dah power, tapi kene cairkan sket.... Oh...satu penilaian yang buat aku bertambah semangat. Ha ri pertama saja jumlah collection hampir-hampir return balik modal yang aku keluar...Satu perkembangan yang bagus untuk hari pertama.

Masuk hari kedua, tak tau apa pasal ntah, hari kedua orang tak begitu ramai yang datang makan kat kedai makan aku jual steambot tu. So collection tak berapa nak menawan. Aku cakap kat kawan aku, sabar... Semua ni ada hikmahnya. Kalau nak meniaga, kita buat je betul-betul. Standardlah dalam meniaga, ada masa kita naik, ada masa kita turun. Yang penting macam mana cara kita nak bertahan tu.

So semalam, masuk hari ketiga... Resipi sos ditukar, setelah dicampurkan dengan beberapa bahan rahsia (halal ok), sos steambot laku kemain...lajuuuuuuu je habis... Orang datang siap nak mintak tambah sos lagi... Hahaha... Ini dah satu perkembangan yang positif ni. Dah alhamdulillah, pada hari ketiga, modal dah dapat balik, tapi still untung tak tinggi. Still ok la tu. 3 hari dah balik modal. So hari ni aku nak tengok camne lak feedback orang sebab aku planning nak tambah item baru. Harap-harap meniaga hari ni mendatangkan untung. Tak kisah la walau sikit, tapi asalkan untung tu ada.



Purpose aku buat steambot ni sebab aku nak cari duit tambahan. Aku nak kahwin. So nak kena start kumpul duit yang banyak. Harap-harap aku dimurahkan rezeki. Bila niat nak kahwin tu dah ada, banyak je jalan yang aku jumpa untuk carik duit. Tinggal nak atau tak nak je. So bagi sesiapa yang dah lama sangat merendek berdating tu, cepat-cepat la kahwin. Jangan la kerap berdating, tambah koleksi dosa je.

0 comments:

Post a Comment