Ads 468x60px

Tuesday, June 28, 2011

Nilai Sesuatu #Ilmu (#Knowledge)


Rata-rata orang sekarang ni dah celik IT, terutamanya bagi golongan orang muda. Kalau dulu orang suka gunakan istilah sekali petik 10 boleh dapat, tapi sekarang ni sekali klik beribu-ribu boleh dapat. Semuanya gara-gara maklumat yang begitu mudah kita boleh dapat. Hanya dengan menggunakan khidmat pakcik Google atau Yahoo (2 enjin carian yang paling popular sekarang ni), macam-macam kita boleh tau. Sampaikan ada pertubuhan yang menganggap Google ni sebagai Tuhan.

Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, sekarang ni kita boleh belajar berbagai perkara dengan mudah. Kalau dulu, nak kena sampai mengembara jauh-jauh hanya kerana ingin mempelajari sesuatu perkara. Rasulullah s.a.w pernah berkata 'Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China' yang bermaksud, kita kena belajar setiap masa.
Satu lagi hadis berkenaan ilmu :

Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa
(Riwayat At-Tarmizi)

Tapi sekarang, tak perlu lagi merantau jauh melainkan kalau ilmu yang kita nak pelajari tu perlukan fizikal contact (silat, taekwondo, eksperimen etc). Bagi pendapat aku, setiap ilmu yang dipelajari walaupun sebesar zarah, haruslah dikongsikan bersama. Biar ilmu tu berkembang dan berterusan untuk diketahui. Kalau dulu, untuk belajar ilmu, tak perlu mengeluarkan duit yang banyak dan pengajar pula mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan walaupun ada sesetengah guru yang telah menetapkan harga kalau nak menuntut.

Sebenarnya aku telah mula berblog sejak tahun 2007 lagi. Tapi tu lah, kejap on, lepas tu off... Semuanya gara-gara aku tak ada identiti sendiri dalam penulisan. Asyik nak cedok je lepas tu claim apa yang aku tulis tu milik aku. Sekarang ni umur pun dah semakin bertambah, pemikiran pun semaking matang. Insyaallah ni blog yang paling kekal lama aku cuba buat dan akan cuba berkongsi apa saja berkenaan ilmu yang aku tau. Kalau nak mintak aku jadi cikgu kimia, harap maklum la... bukan bidang aku tu. Tapi kalau setakat nak bertanya mengenai bidan IT, pasal programming especially PHP,mysql,java,ajax tu boleh la aku tolong sikit-sikit. Walaupun background education aku Electrical Engneering, tapi aku meminati bidang IT. So, rezeki orang masing-masing kan. Apa nak buat. Hehehe... Anyway, korang boleh la check rahsia disebalik tarikh lahir korang tu kat http://www.metafizik.me.pn. Content dalam bahasa melayu. Dah ada yang merungut nak content dalam English lak. Tunggu la aku rajin, nanti aku buat content dalam bahasa English lak.

0 comments:

Post a Comment