Ads 468x60px

Thursday, May 26, 2011

Tips Melayari #Internet Pada Kelajuan Kura-kura

Aku nak berkongsi tips dengan korang bagi sesiapa yang selalu tertekan dengan kelajuan internet yang lembab. Sekarang ni semua website boleh dikatakan mempunyai grafik yang berkualiti tinggi. So, kalau speed internet setakat 64 kbps -128kbps memang akan berlaku satu permencarutan ketika tengah melayari internet.

Tips #1
Install Opera Browser. Sebab di Opera Browser ada mode Turbo. Korang boleh setkan sendiri sama ada auto atau manual untuk enablekan mode turbo tu. Apabila Turbo Mode di enablekan, korang boleh rasakan sendiri kelajuan surfing tu macam mana. Tapi, kalau dalam website yang hendak dilayari tu ada flash, secara automatiknya flash tersebut tidak akan di paparkan. Kalau nak play flash tu, ade logo 'Play'. Klik je logo tu.


Pro :
- Mempercepatkan loading website

Con :
- Kualiti image agak sedikit terjejas
- Tak semua website mampu di encrypt. Contoh ;- Android Market (loading pun boleh tahan jugak slow) 

Tips #2 
Pernah dengar Opera Mini? Yaaa... web browser paling terkenal dalam dunia handphone. Tahukah anda bahawa anda juga boleh melayari internet dengan menggunakan Opera Mini di komputer anda? (Sila baca dengan suara yang penuh bassis) Hihihi... 



Langkah 1 :-
Korang perlu ada satu aplikasi yang dinamakan Emulator. Sila download di sini. Size kecik je. Tak sampai 2mb pun. Lepas tu extract file tu. Korang akan ternampak satu fail yang bernama microemulator.jar.

Langkah 2 :-
Pergi ke laman Opera Mini dan download ke dua-dua fail tersebut (.jad & .jar). Letakkan fail tersebut di dalam folder yang sama dengan fail microemulator.jar tadi tu.

Langkah 3 :-
- Klik microemulator.jar, nanti akan terpampang satu bentuk handphone. 
- Pergi ke Options > Select Device > Resizeable Device

Langkah 4 :- 
Pergi ke File > Open MIDlet File > (cari fail opera mini yang korang download tadi tu... pilih .jar) 

Pro:
- Memang berdesup 

Con:
- Tak boleh upload sebarang fail
- Tak boleh main flash
- Kena biasakan diri dengan papan keyboard

Tips #3 
Sekiranya korang pakai Firefox, korang boleh install satu add on yang dinamakan Image Block. Dengan adanya add on ni, semua website yang dilayari akan lebih laju dan hanya memaparkan text saja. Sesuai bagi sesiapa yang sekadar nak baca info macam news, gosip-gosip hangat etc. 

PS : Aku tulis blog ni ketika broadband aku dah kena throttle ke 64kbps. Kehkehkeh... 

0 comments:

Post a Comment