Ads 468x60px

Tuesday, June 14, 2011

Meniaga #Steambot Minggu Ke-2

Tanggal 13/06/2011 merupakan minggu yang ke-2 aku meniaga steambot. Alhamdulillah untuk hari yang pertama, minggu ke 2. Untuk pengetahuan, hari Sabtu dengan Ahad hari tu aku tak bukak kedai pun sebab busy dengan komitmen lain. So minggu lepas aku cuma meniaga 5 hari je.

Ok, berbalik pada cerita semalam, aku periksa la stok lama yang ada... Tu diaaaa... ada yang dah tak elok... Terpaksa buang. Ada 4 jenis barang yang terpaksa buang sebab dah naik bau. Sos pun buang jugak sebab dah tak elok jugak... Kesimpulan yang dapat aku belajar dari meniaga steambot ni, semua barang yang dibeli tu, walaupun tersimpan rapi dalam freezer, hanya bertahan selama seminggu je. Cukup seminggu, kena buang. Beli stok baru.

So far ni, dah jadi macam tabiat lak tiap kali duduk melangut kat kedai iaitu....... mencuci mata melihat para gadis yang lalu lalang di hadapan aku. Tu belum termasuk dengan para golongan nyah yang ade bukak butik kecantikan kat sebelah punya sebelah kedai makan aku ni. Hahahaha... Manusia sekarang terlalu optimis berfesyen, sampai tak ingat cara berfesyen mengikut lunas Islam. Yang golongan nyah ni lak, aku tak tau nak cakap ape kat diorang. Lenggok kemain kalahkan perempuan, kantoi lak tang suara. Hahahaha...

Aku akan berusaha keras lagi nak majukan perniagaan steambot aku! Yeargghh!!!


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu" 
Amin..amin ya Rabbalalamin.

0 comments:

Post a Comment