Ads 468x60px

Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Puasa


Semalam hari pertama sambut puasa dalam tahun 2010 ni. Perkara pertama yang aku kena tahan ialah sangap rokok weh! Tapi disebabkan kemachoan aku, berjaya jugak la aku tahan rokok. Hasil dari kesangapan rokok aku tu membuatkan aku tertidur selama sejam dari pukul 2.30 sampai ke 3.30 kat tempat kerja. Sebelum tidur tu aku sempat pesan kat kawan aku sorang ni, ' lam, ko tolong kejut aku pukul 3 karang ' and kawan aku membalasnya dengan berkata ' alrite '.

Aku sendiri tak sedar terlelap pukul berapa, sedar2 je, kawan aku tu kejut siap tanya lagi tu nak tambah lagi setengah jam tak? hahahaha... Aku rasa aku angguk kot time tu. Penyudahnya pukul 3.30 baru aku bangun gi cuci muka. Bos aku lak tak masuk opis sehari suntuk ni, so bermaharajalela la kat dalam opis.

Seperti kebiasaan, aku hanya bukak puasa sorang2 je seperti tahun lepas and 2 tahun lepas. Life aku memang camni. Sometime tu boring gak. Aku ada gak member2 kat luar sana tu, tapi aku saje je malas nak kacau. Maklum la, nak kena buat simpanan sekarang ni. Nak kawin la katakan. Terpaksa la berjimat cermat dengan apa yang ada.

Shopping makanan kat bazaar Ramadhan di Kota Damansara seksyen 6. Apa yang aku dapat tengok, harga makanan semakin naik. Takde yang murah. Air dah cecah RM1.50 untuk dalam cup tu. Tahun lepas RM1.00 je. Mungkin sebab selepas 'penyelarasan' subsidi kot jadi camni. Hehehe... Macam biasa, kalau keluar berjalan kat tempat orang ramai ni, mata mesti la nak merayau kan. Apa yang aku tengok semalam, masih ramai yang tak tau nak hormat bulan puasa ni. Pakai seksi tak ingat dunia. Baju jenis nak tayang lurah je. Salah sorang yang aku nampak semalam ialah Anjolie Lavocah a.k.a Zarina Anne (perasan minah saleh agaknya) yang mana keseksian dia lantak pi lah orang nak kata apa.

Alrite... aku nak sambung buat kerja lak.

2 comments:

luahfikiran said...

Salam,
Seronok duduk ramai2 tu. Boleh tolong kejut. Soal rokok tu, slowly and surely boleh renti kut. Selamat Berpuasa

Anonymous said...

smoking??? demmit..i hate people who lies 2 me

Post a Comment