Ads 468x60px

Tuesday, June 15, 2010

Rindunya aku pada blog

Dah lama aku tak update blog aku ni. Bukannya apa, aku agak sibuk sekarang ni. Berbagai-bagai program yang aku kena attend. hehehe.. dah macam YB la pulak kena datang program. Actually, aku tengah sibukkan diri ni untuk keluar dari masalah yang membelenggu diri ni.

Bila aku dah sibuk, secara automatiknya, aku takkan pikirkan masalah yang melanda. Apa yang perlu aku buat ialah meneruskan hidup ni dengan sempurna. Semua yang datang tu aku anggapkan ujian untuk aku teruskan kehidupan yang sebenar.

Pernah suatu ketika, aku terasa bagai nak gila bila memikirkan masalah yang melanda ni. Aku terasa bodoh sebab aku yang mencetuskan masalah ni. Tak ada planning yang sempurnalah yang menyebabkan aku menghadapi masalah ni.

Sebagai pengajaran, aku kena lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat perancangan. Kepada rakan-rakan aku semua, aku mintak maaf banyak-banyak dengan apa yang terjadi.

0 comments:

Post a Comment