Ads 468x60px

Friday, June 25, 2010

Bagaimana Membuat Duit Dengan Sumber Terbuka (Part 1)

Dalam tajuk entri aku yang lepas, aku ada menceritakan tentang sumber terbuka. Bagi yang tak tahu apa itu sumber terbuka, boleh la baca entri aku tu di sini. Ok, kali ni aku nak menceritakan tentang bagaimana kita boleh dapat duit melalui penggunaan sumber terbuka ni.

Bagi yang tahu menggunakan software image manipulation, GIMP dan Inkscape amat berbaloi. Tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi sehingga beribu-beribu seperti perisian Adobe Photoshop dan Illustrator. Ini kerana kualiti yang dihasilkan melalui perisian GIMP dan Inkscape ni amat berkualiti malah profesional. Hasilkan saja template website, logo design, atau jadi freelance designer yang tidak memerlukan pejabat. Hanya duduk di rumah, ngadap komputer, terus buat design. hehehe...

Bagi mereka yang tau programming, haa... memang terlalu banyak peluang yang boleh di grab. Buat saja aplikasi yang mesra + interaktif untuk pengguna. Orang sekarang ni suka pakai benda yang free je. Lepas tu, mintak la donation untuk support sebab nak tampung kos server,bla bla bla bla... Bagi yang tahu PHP, sediakan platform untuk anda tunjuk bakat anda dalam menyediakan sistem. Macam contoh sekarang ni aku tengah buat satu sistem SMS yang boleh digunakan untuk intergrate dengan facebook dan twitter. Tapi, macam mana aku boleh generate income dengan cara yang macam tu? Hehehe... Ade laaa... Rahsia...

Bahagian terakhir untuk Part 1 ni, idea yang timbul dari pikiran aku, sediakan semua aplikasi sumber terbuka ni dalam satu CD/DVD. Ini kerana boleh dikatakan 99.99% perisian sumber terbuka ni kena download dulu kalau nak pakai. Jadi, korang download semua perisian tu, lepas tu burn dalam cakera keras. Jual la dalam RM4, hantar guna Post Express. Jimat. Faham-faham je la internet kat Malaysia ni macam mana speed kan. Macam hampeh. Nak download satu mp3 pun kadang-kadang nak cecah sampai 1 jam. Dari segi kos cover CD/DVD, casing semua tu murah je.

0 comments:

Post a Comment