Ads 468x60px

Wednesday, December 29, 2010

Kenangan Di Tahun 2010

Nampaknya tinggal lagi 2 hari je untuk tahun 2010 ni berakhir. Bagi aku, tahun 2010 ni terlalu banyak kenangan pahit manis yang tak dapat dilupakan sebab terlalu banyak dugaan yang melanda. Tapi aku hadapi dengan senyuman. Dalam saat-saat aku perlukan sokongan, aku amat berterima kasih dengan family, kekasih hati serta beberapa orang rakan-rakan yang banyak bagi moral support.

Kalau nak dilistkan kat sini, banyak sangat kot. Rasanya, yang pahit lagi banyak dari yang manis. Muahahahaha...

Lebih kurang pukul 4 tadi, seseorang datang ke ofis aku & orang itu mencari aku. Seperti yang aku duga, orang itu datang dari tempat yang aku cukup takut nak hadapi sekarang ni. Aku terpaksa berpura-pura buat tak ada apa yang berlaku sebab aku tak nak orang kat ofis aku ni tau masalah aku yang sebenar.

Sedang aku berbual dengan mamat tu, bos aku lalu di depan aku & aku tersenyum. Bos aku pun ikut sama tersenyum. Lepas habis berbual, aku berbual kejap dengan bos aku. Walaupun kadang-kadang aku sakit hati dengan bos aku ni, tapi dia jenis yang caring jugak. Bos aku cakap kat aku, nanti lepas hantar baju gi dobi, jom lepak minum jap. Kita kena diskas hal ni. Kau dan aku sama-sama ada masalah. Aku tau masalah kau, kau pun tau masalah aku. Kita kena take team nak handle masalah kita ni.

Aduh... Terasa batu yang besar tengah menghempap aku sekarang ni. Apa yang perlu aku buat?

Aku nak setelkan masalah, tapi aku sendiri tersangkut dengan pelbagai perkara. Kalau la boleh masa diundurkan, memang aku nak kembali ke November 2009 di mana segala permasalahan aku tu bermula. Kini aku benar-benar stuck... ARRGGHHHH....

0 comments:

Post a Comment