Ads 468x60px

Monday, May 3, 2010

Kerjaya Aku



Bagi yang tinggal kat kawasan bandar, mesti dah biasa kan tengok signboard macam ni? Haa... Entry aku kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku dalam bidang sales ni.

Actually, aku bekerja dengan sebuah company antarabangsa sekarang. Kerja aku.... Senang je... Edarkan brochure/flyers sambil tu tunjuk sample... Senang je kan... Tapi............................ Katakan la korang kat tempat aku, bila nampak signboard macam tu, apa yang korang akan pikir? Nak masuk ke tak nak? Hehehehe...

Time mula-mula aku join kerja ni, aku memang tak berani nak masuk. Takut beb... Tapi bila aku dah dapat satu skill yang best, aku dah berani. Tarak hal punya laaa. Ada sekali tu, aku kena sembur dengan sorang minah sebab masuk jugak walaupun dah terpampang besar-besar signboard 'salesman not allowed'. Apa yang aku balas ialah, aku bukannya seorang salesman, aku seorang bisnesman. Hahahaha... Dan tugas aku bukannya menjual, aku edarkan brochure aje. Kalau tak nak dengar pun takpe, boleh amek flyers tu, buat roket kertas.

So, memang kena ada kesabaran bila buat kerja macam ni. Walaupun aku ada ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik, tapi aku suka dengan kerja yang aku buat ni. Aku cukup bengang bila ada orang tanya aku, boleh carik makan ke kerja macam ni? HELLO... I know what I'm doing. Aku tak nak kerja makan gaji sampai ke tua. Apa yang aku kejar sekarang ni ialah peluang aku untuk menjadi seorang bisnesman.

Memang aku mengaku, aku dapat tekanan dari family sebab kerja yang aku buat ni tahap-tahap budak lepasan SPM je. Baik aku takyah sambung belajar kalau aku nak kerja macam ni. FYI, aku pernah bekerja sebagai seorang programmer. Dan gaji aku time tu boleh tahan jugak la. Tapi sampai satu time tu aku terpikir, sampai bila aku nak kerja makan gaji camni. Aku tengok bos aku berfoya-foya sedangkan aku setengah mampus kerja sampai pukul 3-4 pagi siapkan task. Bila dah sampai due date, kalau tak settle, kena tahan telinga dengar bebelan dari seorang bos.

Lebih tensen lagi bila tengok bos aku tu kuar mabuk minum air kencing setan (bos aku seorang lelaki MELAYU), aku lak yang kena cover line untuk dia. Tu belum masuk bab gi main betina lagi tu. Belum masuk bab dia lepak dengan geng-geng politik dia lagi tu (FYI lagi,bos aku tu seorang exco pemuda UMNO bahagian *************). Semua tu buat aku terfikir, perlu ke aku bekerja untuk orang yang macam ni? Berkat ke rezeki aku kalau aku terus bersekongkol dengan orang yang macam ni? Sampai satu masa tu, aku dah tak tahan dengan sikap bos aku tu, aku sembur dia dengan sopan (memang sopan,tapi ayat makan dalam). Aku ambik langkah drastik, aku berhenti kerja serta-merta.

Lepas tu aku berusaha carik kerja yang tak makan gaji. Hehehe... So apa yang aku boleh katakan , aku memang happy dengan kerja aku sekarang ni. Ada peluang yang harus aku grab. Aku kena buktikan kat family dan rakan-rakan yang aku akan berjaya. AMIN....

3 comments:

kenwooi said...

sometimes salesperson can be annoying.. that's why people don't like? =)

jfook said...

Haha. Businessman and salesman no difference. Hopefully I won't see "Jurujual dan peniaga dilarang masuk".

Pria Teruna said...

@kenwooi : not all annoying. it will be annoying if that salesman keep pushing u to buy the items like 'please la buy 1','encik taknak barang ni?ha,barang yang ni pulak encik nak tak?tak nak jugak?kalau barang yang ni?'... u got what i mean? hihihihi...

@jfook LOL... that's what i'm said to them if I cant enter. hahaha... btw, it's parts of my experience how to handle with it. quite funny lol. shy shy

Post a Comment