Ads 468x60px

Thursday, April 8, 2010

Peluang depan mata.

Masa aku mula-mula masuk tempat kerja aku yang baru ni, aku rasa macam
nak berenti je. Tak larat nak kerja duduk tengah panas. Bayangkan la,
sebelum ni aku kerja sedap je duduk bawah aircond, tiba-tiba sekarang
ni aku kerja di bawah panas terik.

Bila aku fikir-fikirkan balik, aku bukanlah kerja makan gaji seperti
orang lain, aku gagahkan diri jugak. Sekarang ni dah masuk minggu
ketiga aku kerja kat tempat sekarang ni. Alhamdulillah, aku masih lagi
boleh bertahan. Kalau aku masih lagi bertahan sehingga setahun,
insyaallah aku mungkin dapat rezeki yang berlipat ganda.

Aku dah tanamkan niat untuk kahwin tahun ni, jadi aku kena la bekerja
keras untuk capai niat aku tu.

Kadang-kadang tu, bila aku kenang-kenangkan balik peristiwa lama di
tempat kerja lama aku, aku jadi sakit hati. Orang selalu kata, boss
always right. Kalau bos minum arak depan kita, perlu ke bersubahat?
Bila dia main betina, nak diamkan diri jugak ke? Bila dalam mesyuarat
parti, berdegar-degar sebut pasal perjuangan Melayu dan Islam, tapi
hakikat sebenar.......... Aku tak sanggup nak hanyutkan diri aku ni selama-lamanya. Takpe... Dunia tak selalunya indah.

0 comments:

Post a Comment