Ads 468x60px

Wednesday, April 14, 2010

Perangai Seorang Guru

Dari hari Isnin sampai Selasa, perfomance kerja aku agak teruk. Nak kena kerja dengan lebih kuat lagi. Kang takde duit nak survive plak kalau tak dapat sales yang menawan.

Semalam, hari Selasa aku gi ke sekolah sains seremban di sikamat. Aku agak terkilan dengan sikap seorang guru kat situ yang memandang rendah terhadap orang yang mencari rezeki style aku. Cara penggunaan ayat tu seolah-olah aku ni seorang yang bodoh dan tak ada masa depan. Harapkan muka je lawa, tapi hati busuk.

Beza antara aku dengan guru, guru kerja makan gaji, aku kerja mengejar gaji. Jadi kepada orang di luar sana, nasihat dari aku, jangan memandang rendah terhadap orang lain. Setiap orang kat dunia ni punya kelebihan masing-masing.

Kepada guru tersebut, walaupun aku terasa hati dengan sikap yang macam tu, aku tak pendam dalam hati lama-lama. Setiap manusia kat bumi ni, adalah prospek pelanggan aku. Nak buat macam mana, pusing-pusing mana tau satu hari nanti terserempak kat mana-mana tempat.

0 comments:

Post a Comment