Tuesday, April 27, 2010
Tips Untuk Menjimatkan Bandwidth
Setelah aku surf carik information, aku jumpa beberapa tips yang menjadi kesukaan aku kalau aku nak jimatkan bandwidth dengan cemerlang.
Tips 1#:
Kalau korang gunakan Firefox, boleh gunakan addon imglikeopera. Untuk pengguna Firefox 3.6 ke atas, sila download imglikeopera ni di http://imglikeopera.mozdev.org/installation.html. Untuk version 3.5 dan ke bawah, boleh download direct dari page Firefox addon tu. Lagi satu, aku gunakan flashblock untuk mengelakkan fail flash dari dimainkan secara automatik seperti video dari youtube.
Lagi satu, sila pasang flashblock untuk firefox, sebab sekarang ni banyak website yang guna flash. Fail flash salah satu unsur yang boleh menyedut bandwidth dengan banyak tanpa kita sedari.
Tips 2#:
Kalau korang sekadar suka melayari internet je tanpa mengambil kira kepentingan multimedia, korang boleh install operamini emulator untuk windows. Sila gunakan pakcik Google untuk mencari fail tu. Kalau aku rajin, nanti aku upload kat mana-mana hosting fail tu.
Tips 3#:
Gunakan software untuk mengawal bandwidth dari overlimit seperti Networx atau pun Netmeter.
Tips 4#:
Turn off semua auto update seperti Winamp, Real Player, Anti Virus ext... (anti virus aku update seminggu sekali je).
Tips 5#:
Kurangkan streaming media macam dengar radio online atau menonton televisyen online.
Monday, April 26, 2010
Pandangan Prejudis Orang Luar Terhadap Aku
Aku rasa, kalau buat sales kat kawasan hulu lagi best dari buat kat Bangi ni. Takde mood lak nak tulis panjang-panjang. Nanti aku tulis lagi la... Nak amik angin luar dulu.
Saturday, April 24, 2010
Siapa Yang Tak Suka Percuma?
Kalau search je perkataan 'percuma' atau 'free' kat pakcik Google, mesti bersepah-sepah list yang akan muncul. Tapi betul ke khidmat yang diberikan tu percuma? Aku sendiri suka menggunakan khidmat yang percuma. Teringat sewaktu di awal penggunaan internet yang mana khidmat email berbayar begitu banyak sekali. Antaranya melayu.com. Sekarang ni dah bersepah email percuma. Aku malas nak listkan sebab dah tentu korang tau.
Selsin dari tu, bagi seorang programmer amatur,dah tentu ingin menggunakan hosting yang percuma untuk mencuba-cuba dahulu. Antara hosting percuma yang aku suka guna ialah 110mb.com.
Macam mana pulak kalau nak buat kedai virtual? Untuk rakyat Malaysia, sekarang ni boleh gunakan mudah.com.my untuk menjual barang secara percuma tanpa sebarang kos. Lagi satu boleh gunakan ebay Malaysia. Untuk pengetahuan korang, ebay Malaysia untuk kegunaan peribadi adalah percuma.
Wednesday, April 14, 2010
Perangai Seorang Guru
Semalam, hari Selasa aku gi ke sekolah sains seremban di sikamat. Aku agak terkilan dengan sikap seorang guru kat situ yang memandang rendah terhadap orang yang mencari rezeki style aku. Cara penggunaan ayat tu seolah-olah aku ni seorang yang bodoh dan tak ada masa depan. Harapkan muka je lawa, tapi hati busuk.
Beza antara aku dengan guru, guru kerja makan gaji, aku kerja mengejar gaji. Jadi kepada orang di luar sana, nasihat dari aku, jangan memandang rendah terhadap orang lain. Setiap orang kat dunia ni punya kelebihan masing-masing.
Kepada guru tersebut, walaupun aku terasa hati dengan sikap yang macam tu, aku tak pendam dalam hati lama-lama. Setiap manusia kat bumi ni, adalah prospek pelanggan aku. Nak buat macam mana, pusing-pusing mana tau satu hari nanti terserempak kat mana-mana tempat.
Sunday, April 11, 2010
Ya Allah, Berikanlah Aku Kekuatan
Saturday, April 10, 2010
Aku Perlukan Kekuatan
pada hari Isnin. Tapi kat tempat aku ni, hari pertama ialah hari
Sabtu. Segalanya bermula pada hari Sabtu.
Hari ni sepatutnya aku gi ambik test PTD. Tapi aku tak boleh nak gi
atas sebab yang terlalu peribadi. Aku perlu kuatkan semangat.
Hopefully segala masalah yang aku tengah hadapi ni dapat diselesaikan.
Pagi tadi adik aku bagitau, bos tempat kerja lama aku datang kat
tempat dia untuk mintak permission buat program kelas kecantikan. Adik
aku bagitau kat aku, bos lama tempat aku kerja tu cakap aku kuat
melawan.
Amin...takpe.aku melawan sebab bos aku tu kuat mabok dengan main
pompuan. Salah ke?
Thursday, April 8, 2010
Peluang depan mata.
nak berenti je. Tak larat nak kerja duduk tengah panas. Bayangkan la,
sebelum ni aku kerja sedap je duduk bawah aircond, tiba-tiba sekarang
ni aku kerja di bawah panas terik.
Bila aku fikir-fikirkan balik, aku bukanlah kerja makan gaji seperti
orang lain, aku gagahkan diri jugak. Sekarang ni dah masuk minggu
ketiga aku kerja kat tempat sekarang ni. Alhamdulillah, aku masih lagi
boleh bertahan. Kalau aku masih lagi bertahan sehingga setahun,
insyaallah aku mungkin dapat rezeki yang berlipat ganda.
Aku dah tanamkan niat untuk kahwin tahun ni, jadi aku kena la bekerja
keras untuk capai niat aku tu.
Kadang-kadang tu, bila aku kenang-kenangkan balik peristiwa lama di
tempat kerja lama aku, aku jadi sakit hati. Orang selalu kata, boss
always right. Kalau bos minum arak depan kita, perlu ke bersubahat?
Bila dia main betina, nak diamkan diri jugak ke? Bila dalam mesyuarat
parti, berdegar-degar sebut pasal perjuangan Melayu dan Islam, tapi
hakikat sebenar.......... Aku tak sanggup nak hanyutkan diri aku ni selama-lamanya. Takpe... Dunia tak selalunya indah.
Wednesday, April 7, 2010
Perbandingan Speedtest Hotlink Prepaid Broadband
Location : Seremban
Maxis Speedtest
Speedtest.net
Celcom Speedtest
Streamyx Speedtest
Tuesday, April 6, 2010
Kepenatan Setelah Seharian Bekerja
Aku bermula dari bawah, so sekarang ni aku mengejar untuk mencapai tahap teratas. Apa yang penting, aku kena berusaha dan bekerja keras. Dengan pelbagai dugaan yang dihadapi sekarang ni, aku takkan mengalah. Biar apa pun yang terjadi.
Syahdu gila ayat aku kali ni, tapi itulah kenyataan. Banyak perkara yang aku perlu korbankan. Mungkin aku akan tinggalkan bidang muzik yang aku ceburi sekarang ni. Walaupun nama band tidaklah segah macam band Hujan, Bunkface mahupun Sil Khannaz.
Sunday, April 4, 2010
Hotlink prepaid broadband,satu kepuasan.
yang berharga RM25. Memang selalu sangat la aku langgan pakej ni.
Kenapa aku pilih hotlink,kenapa tidak Celcom broadband? Sebelum ni aku
pernah pakai Celcom broadband selama setahun, dan selama setahun tu la
aku selalu think positif. Bayangkan kekerapan disconnect yang dialami.
Pehhhh... Bengang giler. Dah la speed slow, bayangkan la, nak connect
pun susah. Nak dapat speed cecah 100kbps pun semput-semput.
Berbanding dengan Hotlink prepaid broadband,aku dapat speed cecah
3.7mbps kat area rumah aku. Pehhhh... Memang rancak la aku tengok
youtube, streaming sampai habis bandwidth 2GB aku tu. Hahaha...
Walaupun mahal, tapi bagi aku kepuasan yang aku dapat tu lagi penting.