Sila beri jawapan YA atau TIDAK bagi setiap soalan aku kat bawah ni :
1. Ketagih dengan benda yang percuma?
2. Nak something yang berkualiti, tapi percuma?
3. Duit takde, tapi nak jugak something yang berkualiti.
4. Takut dapat virus kalau guna versi cetak rompak?
5. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal punye?
6. Err... Takut penguatkuasa datang serbu opis sebab pakai yang pirate untuk running bisnes?
Kalau semua jawapan kat atas tu YA, nah... aku listkan beberapa alternative software opensource boleh beat software yang beribu-ribu,beratus-ratus punya harga. What for nak bayar software yang mahal sedangkan kita boleh dapat sesuatu output yang serupa hanya dengan menggunakan perisian yang percuma.
1. Microsoft Office - Open Office
2. Adobe Photoshop - GIMP
3. Adobe Illustrator - Inkscape
4. WinRAR - 7-Zip
5. Sound Forge - Audacity
6. Norton Antivirus - ClamWin
7. Accounting System - GnuCash
8. Microsoft Outlook - Mozilla Thunderbird
9. Macromedia Dreamweaver - Notepad++
Memandangkan aku ni salah seorang penggemar sesuatu yang percuma, software yang aku gunakan semuanya percuma kecuali OS aku je yang TERPAKSA aku beli sebab aku suka main game online. I am not a photographer, so I dont need Photoshop or Illustrator. Aku just install GIMP dan Inkscape sekadar memenuhi syarat aje. (File tu tak guna banyak space). Untuk kerja programming, aku gunakan Notepad++. Email client, aku gunakan Thunderbird. WinRAR... pakai yang trial version je (selalu je keluar popup yang annoying).
Monday, May 3, 2010
Kerjaya Aku

Bagi yang tinggal kat kawasan bandar, mesti dah biasa kan tengok signboard macam ni? Haa... Entry aku kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku dalam bidang sales ni.
Actually, aku bekerja dengan sebuah company antarabangsa sekarang. Kerja aku.... Senang je... Edarkan brochure/flyers sambil tu tunjuk sample... Senang je kan... Tapi............................ Katakan la korang kat tempat aku, bila nampak signboard macam tu, apa yang korang akan pikir? Nak masuk ke tak nak? Hehehehe...
Time mula-mula aku join kerja ni, aku memang tak berani nak masuk. Takut beb... Tapi bila aku dah dapat satu skill yang best, aku dah berani. Tarak hal punya laaa. Ada sekali tu, aku kena sembur dengan sorang minah sebab masuk jugak walaupun dah terpampang besar-besar signboard 'salesman not allowed'. Apa yang aku balas ialah, aku bukannya seorang salesman, aku seorang bisnesman. Hahahaha... Dan tugas aku bukannya menjual, aku edarkan brochure aje. Kalau tak nak dengar pun takpe, boleh amek flyers tu, buat roket kertas.
So, memang kena ada kesabaran bila buat kerja macam ni. Walaupun aku ada ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik, tapi aku suka dengan kerja yang aku buat ni. Aku cukup bengang bila ada orang tanya aku, boleh carik makan ke kerja macam ni? HELLO... I know what I'm doing. Aku tak nak kerja makan gaji sampai ke tua. Apa yang aku kejar sekarang ni ialah peluang aku untuk menjadi seorang bisnesman.
Memang aku mengaku, aku dapat tekanan dari family sebab kerja yang aku buat ni tahap-tahap budak lepasan SPM je. Baik aku takyah sambung belajar kalau aku nak kerja macam ni. FYI, aku pernah bekerja sebagai seorang programmer. Dan gaji aku time tu boleh tahan jugak la. Tapi sampai satu time tu aku terpikir, sampai bila aku nak kerja makan gaji camni. Aku tengok bos aku berfoya-foya sedangkan aku setengah mampus kerja sampai pukul 3-4 pagi siapkan task. Bila dah sampai due date, kalau tak settle, kena tahan telinga dengar bebelan dari seorang bos.
Lebih tensen lagi bila tengok bos aku tu kuar mabuk minum air kencing setan (bos aku seorang lelaki MELAYU), aku lak yang kena cover line untuk dia. Tu belum masuk bab gi main betina lagi tu. Belum masuk bab dia lepak dengan geng-geng politik dia lagi tu (FYI lagi,bos aku tu seorang exco pemuda UMNO bahagian *************). Semua tu buat aku terfikir, perlu ke aku bekerja untuk orang yang macam ni? Berkat ke rezeki aku kalau aku terus bersekongkol dengan orang yang macam ni? Sampai satu masa tu, aku dah tak tahan dengan sikap bos aku tu, aku sembur dia dengan sopan (memang sopan,tapi ayat makan dalam). Aku ambik langkah drastik, aku berhenti kerja serta-merta.
Lepas tu aku berusaha carik kerja yang tak makan gaji. Hehehe... So apa yang aku boleh katakan , aku memang happy dengan kerja aku sekarang ni. Ada peluang yang harus aku grab. Aku kena buktikan kat family dan rakan-rakan yang aku akan berjaya. AMIN....

Tuesday, April 27, 2010
Tips Untuk Menjimatkan Bandwidth
Aku selalu je fikir macam mana la nak jimatkan bandwidth broadband aku ni. Semua orang kat Malaysia ni tau kan, ISP kat Malaysia ni macam hampeh. Semua package ada limit bandwidth yang kurang diterima akal. Kalau nak tengok Youtube, kena bajet sebab taknak over bandwidth.
Setelah aku surf carik information, aku jumpa beberapa tips yang menjadi kesukaan aku kalau aku nak jimatkan bandwidth dengan cemerlang.
Tips 1#:
Kalau korang gunakan Firefox, boleh gunakan addon imglikeopera. Untuk pengguna Firefox 3.6 ke atas, sila download imglikeopera ni di http://imglikeopera.mozdev.org/installation.html. Untuk version 3.5 dan ke bawah, boleh download direct dari page Firefox addon tu. Lagi satu, aku gunakan flashblock untuk mengelakkan fail flash dari dimainkan secara automatik seperti video dari youtube.
Lagi satu, sila pasang flashblock untuk firefox, sebab sekarang ni banyak website yang guna flash. Fail flash salah satu unsur yang boleh menyedut bandwidth dengan banyak tanpa kita sedari.
Tips 2#:
Kalau korang sekadar suka melayari internet je tanpa mengambil kira kepentingan multimedia, korang boleh install operamini emulator untuk windows. Sila gunakan pakcik Google untuk mencari fail tu. Kalau aku rajin, nanti aku upload kat mana-mana hosting fail tu.
Tips 3#:
Gunakan software untuk mengawal bandwidth dari overlimit seperti Networx atau pun Netmeter.
Tips 4#:
Turn off semua auto update seperti Winamp, Real Player, Anti Virus ext... (anti virus aku update seminggu sekali je).
Tips 5#:
Kurangkan streaming media macam dengar radio online atau menonton televisyen online.

Monday, April 26, 2010
Pandangan Prejudis Orang Luar Terhadap Aku
Hari ni aku buat sales di area Bangi. First time aku buat kat Bangi. Dalam kepala aku ni, boleh ke sales aku kat Bangi ni meletup macam aku buat kat tempat lain? Seperti yang diduga, untuk hari pertama ni, hasil aku agak kurang. Bukan agak kurang, tapi memang kurang betul.
Aku rasa, kalau buat sales kat kawasan hulu lagi best dari buat kat Bangi ni. Takde mood lak nak tulis panjang-panjang. Nanti aku tulis lagi la... Nak amik angin luar dulu.

Saturday, April 24, 2010
Siapa Yang Tak Suka Percuma?
Tajuk entry aku kali ni ialah mengenai beberapa khidmat percuma yang terdapat kat alam cyber ni.
Kalau search je perkataan 'percuma' atau 'free' kat pakcik Google, mesti bersepah-sepah list yang akan muncul. Tapi betul ke khidmat yang diberikan tu percuma? Aku sendiri suka menggunakan khidmat yang percuma. Teringat sewaktu di awal penggunaan internet yang mana khidmat email berbayar begitu banyak sekali. Antaranya melayu.com. Sekarang ni dah bersepah email percuma. Aku malas nak listkan sebab dah tentu korang tau.
Selsin dari tu, bagi seorang programmer amatur,dah tentu ingin menggunakan hosting yang percuma untuk mencuba-cuba dahulu. Antara hosting percuma yang aku suka guna ialah 110mb.com.
Macam mana pulak kalau nak buat kedai virtual? Untuk rakyat Malaysia, sekarang ni boleh gunakan mudah.com.my untuk menjual barang secara percuma tanpa sebarang kos. Lagi satu boleh gunakan ebay Malaysia. Untuk pengetahuan korang, ebay Malaysia untuk kegunaan peribadi adalah percuma.

Wednesday, April 14, 2010
Perangai Seorang Guru
Dari hari Isnin sampai Selasa, perfomance kerja aku agak teruk. Nak kena kerja dengan lebih kuat lagi. Kang takde duit nak survive plak kalau tak dapat sales yang menawan.
Semalam, hari Selasa aku gi ke sekolah sains seremban di sikamat. Aku agak terkilan dengan sikap seorang guru kat situ yang memandang rendah terhadap orang yang mencari rezeki style aku. Cara penggunaan ayat tu seolah-olah aku ni seorang yang bodoh dan tak ada masa depan. Harapkan muka je lawa, tapi hati busuk.
Beza antara aku dengan guru, guru kerja makan gaji, aku kerja mengejar gaji. Jadi kepada orang di luar sana, nasihat dari aku, jangan memandang rendah terhadap orang lain. Setiap orang kat dunia ni punya kelebihan masing-masing.
Kepada guru tersebut, walaupun aku terasa hati dengan sikap yang macam tu, aku tak pendam dalam hati lama-lama. Setiap manusia kat bumi ni, adalah prospek pelanggan aku. Nak buat macam mana, pusing-pusing mana tau satu hari nanti terserempak kat mana-mana tempat.

Sunday, April 11, 2010
Ya Allah, Berikanlah Aku Kekuatan
Aku terasa gugup, gentar, gundah gulana etc... Macam-macam perkara yang bermain di benak fikiran kepala aku sekarang ni. Aku kena kuatkan semangat. Jangan putus asa. Jangan kalah dengan dugaan yang menimpa aku sekarang ni .
Subscribe to:
Posts (Atom)