Ads 468x60px

Showing posts with label jimat. Show all posts
Showing posts with label jimat. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Jom Berjimat Dengan Open Source

Sekarang ni rata-rata pengguna komputer di seluruh dunia sudah biasa dengan istilah Open Source atau dalam bahasa melayu Sumber Terbuka. Sebelum itu, apakah maksud Open Source tu sendiri. Mengikut maksud yang disampaikan melalui Wikipedia, Open Source bermaksud kita bebas untuk mengedar, mengubah aturcara, menggunakan sesuatu perisian itu.

Apaka bezanya antara Open Source dengan Free Software?
Software percuma tidak boleh diaturcara semula serta penggunaan yang terhad. Kebanyakan perisian percuma yang ada tidak membenarkan kita untuk mengubah struktur sesuatu perisian itu.

Haa... Kali ni aku nak tunjukkan macam mana kita boleh berjimat dengan cemerlang sekiranya menggunakan perisian Sumber Terbuka ni. Katakan la ada pejabat yang baru nak setup. Kalau pejabat kecik, at least nak kena ada dalam 5 PC kan. Kita tolak harga PC, kita amik harga perisian dengan upah untuk networking je.



Haa... Korang tengok sendiri la berapa banyak yang boleh dijimat kalau menggunakan perisian Sumber Terbuka ni. Tu baru sikit je tu yang aku tunjuk sample. Kira basic je. Upah networking tu pun kira cincai je kira tu. So kepada sesiapa yang rasa nak berjimat tu, gunakanlah perisian Sumber Terbuka.

PS: Pengguna Linux memang tak pakai Anti Virus sebab tak kena serang virus berbanding dengan pengguna Windows. hehehe

Tuesday, April 27, 2010

Tips Untuk Menjimatkan Bandwidth

Aku selalu je fikir macam mana la nak jimatkan bandwidth broadband aku ni. Semua orang kat Malaysia ni tau kan, ISP kat Malaysia ni macam hampeh. Semua package ada limit bandwidth yang kurang diterima akal. Kalau nak tengok Youtube, kena bajet sebab taknak over bandwidth.

Setelah aku surf carik information, aku jumpa beberapa tips yang menjadi kesukaan aku kalau aku nak jimatkan bandwidth dengan cemerlang.

Tips 1#:
Kalau korang gunakan Firefox, boleh gunakan addon imglikeopera. Untuk pengguna Firefox 3.6 ke atas, sila download imglikeopera ni di http://imglikeopera.mozdev.org/installation.html. Untuk version 3.5 dan ke bawah, boleh download direct dari page Firefox addon tu. Lagi satu, aku gunakan flashblock untuk mengelakkan fail flash dari dimainkan secara automatik seperti video dari youtube.

Lagi satu, sila pasang flashblock untuk firefox, sebab sekarang ni banyak website yang guna flash. Fail flash salah satu unsur yang boleh menyedut bandwidth dengan banyak tanpa kita sedari.

Tips 2#:
Kalau korang sekadar suka melayari internet je tanpa mengambil kira kepentingan multimedia, korang boleh install operamini emulator untuk windows. Sila gunakan pakcik Google untuk mencari fail tu. Kalau aku rajin, nanti aku upload kat mana-mana hosting fail tu.

Tips 3#:
Gunakan software untuk mengawal bandwidth dari overlimit seperti Networx atau pun Netmeter.

Tips 4#:
Turn off semua auto update seperti Winamp, Real Player, Anti Virus ext... (anti virus aku update seminggu sekali je).

Tips 5#:
Kurangkan streaming media macam dengar radio online atau menonton televisyen online.