Ads 468x60px

Showing posts with label umobile. Show all posts
Showing posts with label umobile. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Pakej Broadband Terbaru Dari Umobile


Nampaknya Umobile ni betul-betul nak bagi persaingan sengit untuk telco kat Malaysia ni. Untuk pengetahuan u olz, aku subscribe Umobile broadband prepaid kat henppn kesayangan aku ni. So far aku berpuas hati la dengan servis yang ada sebab rata-rata tempat aku pergi, semua dalam kawasan bandar lagi.

Pakej broadband yang terbaru kali ni yang available pada Umobile adalah MB15 di mana RM15 untuk 15 hari dengan quota sebanyak 500mb. Ok jugak kalau nak compare dengan Celcom RM38 30 hari untuk 1gb. Yang Celcom ni available untuk postpaid je. Yang Umobile ni pulak untuk prepaid pun ada. Ni yang buat aku bertambah sayang den gan Umobile ni. Jom pakat-pakat pakai Umobile. Hahahaha...

Tuesday, May 3, 2011

My #Maxis is now with #Umobile telco

Akhirnya nombor 012 aku berjaya jugak di 'porting' ke umobile. Setelah asyik tertekan dengan servis yang merepek + nonsense data pakej, aku nekad tukar ke umobile setelah test drive umobile dengan simpack dummy (yep...aku beli satu starter pack umobile).

Walaupun umobile tak boleh nak support device 2G, that is not big problem sebab aku ada 4 bijik handphone + 1 USB 3G modem yang tersedia ada. hahaha... Aku seorang gadget maniac. Aku langgan pakej mobile internet dengan harga RM28 sebulan. Siap dapat 100 minit call + 30 sms to any telco. Setelah buat kira-kira... 100 minit call = RM18, 30 sms = RM2.40... Jumlah semua RM18+RM2.40 = RM20.40. RM28-RM20.40 = RM7.60... RM7.60 = 500MB data bandwidth. Pehh... Murah gila beb. Plus more... call minit free tu boleh bring forward kalau ada balance... memang syok la.

Untuk tempat yang tak ada 3G, Umobile menumpang kat line Celcom. Ini bermakna, speed ke tahap edge aje la. hehehe... Apa ada kisah.

Tuesday, April 27, 2010

Tips Untuk Menjimatkan Bandwidth

Aku selalu je fikir macam mana la nak jimatkan bandwidth broadband aku ni. Semua orang kat Malaysia ni tau kan, ISP kat Malaysia ni macam hampeh. Semua package ada limit bandwidth yang kurang diterima akal. Kalau nak tengok Youtube, kena bajet sebab taknak over bandwidth.

Setelah aku surf carik information, aku jumpa beberapa tips yang menjadi kesukaan aku kalau aku nak jimatkan bandwidth dengan cemerlang.

Tips 1#:
Kalau korang gunakan Firefox, boleh gunakan addon imglikeopera. Untuk pengguna Firefox 3.6 ke atas, sila download imglikeopera ni di http://imglikeopera.mozdev.org/installation.html. Untuk version 3.5 dan ke bawah, boleh download direct dari page Firefox addon tu. Lagi satu, aku gunakan flashblock untuk mengelakkan fail flash dari dimainkan secara automatik seperti video dari youtube.

Lagi satu, sila pasang flashblock untuk firefox, sebab sekarang ni banyak website yang guna flash. Fail flash salah satu unsur yang boleh menyedut bandwidth dengan banyak tanpa kita sedari.

Tips 2#:
Kalau korang sekadar suka melayari internet je tanpa mengambil kira kepentingan multimedia, korang boleh install operamini emulator untuk windows. Sila gunakan pakcik Google untuk mencari fail tu. Kalau aku rajin, nanti aku upload kat mana-mana hosting fail tu.

Tips 3#:
Gunakan software untuk mengawal bandwidth dari overlimit seperti Networx atau pun Netmeter.

Tips 4#:
Turn off semua auto update seperti Winamp, Real Player, Anti Virus ext... (anti virus aku update seminggu sekali je).

Tips 5#:
Kurangkan streaming media macam dengar radio online atau menonton televisyen online.