Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label freelance. Show all posts
Showing posts with label freelance. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Widget Waktu Solat


Assalam guys, kali ni aku nak buat satu widget lagi iaitu waktu solat dan penunjuk arah kiblat. Actually sistem untuk kiraan waktu solat ni aku dah pernah buat. Dulu abang ipar aku pernah mintak bantuan aku untuk buat satu sistem yang memudahkan untuk tahu kedudukan arah kiblat dan waktu solat berpandukan dari koordinat.

So dengan menggunakan khidmat pakcik Google Map, aku dah siapkan. Bukan setakat waktu solat je, dengan siap kalendar hijrah lagi tu. Thanks to abang ipar aku sebab dia membekalkan aku segala rumus algebra berkaitan dengan falak ni.

Memang hobi masa lapang aku buat benda yang macam ni. Aku buat suka-suka je. Bila dah siap, aku share ye. Kalau korang nak tengok sistem yang aku dah buat tu, boleh tengok kat http://www.zulfreelance.co.cc/WaktuSolat/

FYI, website aku tu dah kena 'root hack' oleh Pak Arab. So sekarang ni, aku dah beli satu hosting yang baru. Segala kerja-kerja suka hati aku akan letak kat hosting yang baru.

Saturday, December 17, 2011

Widget Untuk Churp Churp & Says.my


Kali ni aku nak memperkenal satu widget yang akan memudahkan para 'churpers' dan 'sayers' untuk meletakkan iklan text di blog. Widget ni agak mudah digunakan. Tak perlu nak selalu update selalu secara manual. Setiap iklan text yang dimasukkan akan kekal selama 2 hari.

Kenapa 2 hari? Sebabnya kebanyakan iklan di ChurpChurp & Says.my ni tak berapa nak kekal lama. Maklumlah ramai orang yang suka klik. Kalau trafik kat blog korang cemerlang, lagi bagus sebab potensi tu lagi banyak.

Korang boleh pakai widget ni dengan pergi kat sini. Untuk login, korang tak perlu daftar apa-apa. Cuma perlu gunakan akaun Twitter sebagai login (mesti la kena ada akaun Twitter, kalau tak sia-sia la nak pakai ChurpChurp/Says.my ni). Authorize ni just sekali je. Tak payah banyak kali. Kenapa aku gunakan Twitter? Sebab motif utama churpchurp dengan says.my ni adalah untuk advertise kat Twitter la. Authorization by Facebook akan aku buat... Tunggu aku rajin dulu la, baru aku buat. Aku buat widget ni pun ambil masa 2 jam lebih. Sebarang komen amat dihargai...

Dapatkannya di Churp2Says!

Dah Siap Tapi Tak Bayar Lagi


Apa perasaan korang bila mengalami hal macam tu? Bagi yang meniaga/bisnes sendiri, mesti rasa sakit hati kan. Macam tu la yang aku tengah rasa sekarang ni. Aku dah siapkan website untuk satu pertubuhan NGO ni. Kepala NGO ni pulak ada title la. Tapi takde la besar mana. Kalau sebut nama mamat ni, ada la 2-6 orang menteri kenal mamat ni.

Untuk dijadikan cerita, one day tu aku dapat call untuk buat satu website. Setelah dibagi segala detail yang diperlukan, aku pun buat la dengan senang hati. Harga pulak aku dah setuju. Memandangkan NGO ni merupakan non-profit organization, so aku takde la berkira sangat dengan harga yang dibagi tu.

Ikut perjanjian asal, aku just buat website je. Content side depa la yang akan masukkan. Bila website dah siap je, mamat ni mintak aku lak yang masukkan content. Cewahhh... aku bercekak pinggang dalam hati je la. Aku cakap boleh je, tapi upah kasi lebih sikit laa. Mamat tu bidas aku dengan berkata,

'Kami ni NGO, bukannya ada duit sangat.'

Aku pun layan je la. 2-3 hari tidur lewat malam sebab nak isi content je. Lepas website tu aku dah handover, aku tunggu la response dari mamat tu. Mamat tu kata, tunggu TPM launch dulu website tu. Then baru buat payment. Aku diam je la. Lepas dah launch, aku tunggu la payment....... sampai sekarang tak dapat lagi. Dah sebulan lebih aku rasa dok tunggu payment tu. Email dah... SMS dah. Reply tarak... Takpe... Aku akan tunggu lagi....

Sunday, September 25, 2011

Bulan Ke-2 Di Tempat Kerja Baru



Alhamdulillah. Bulan ni adalah bulan ke 2 aku di tempat kerja yang baru. Boleh la nak menyimpan sikit untuk beli barang kahwin. Tambahan pulak, aku dapat duit tepi lagi dari Encik Nuffnang & Encik Kurnia Insurans. Insyaallah kalau ada rezeki, dapat lagi duit tambahan untuk buat kerja freelance aku tu.

So far sekarang ni, aku agak busy jugak dengan kerja. Masuk kerja awal, balik lambat. Dah sampai rumah, kadang-kadang ngadap lagi kerja. Tapi adakah kerja yang aku buat tu ikhlas? Hehehe... Habaq mai kat aku, siapa kat dalam dunia ni kerja dengan penuh ikhlas 100% tanpa ragu-ragu? Kalau ikhlas, tak yah bagi gaji pun takpe kan. Untung besar la company tu kalau dapat pekerja yang boleh bagi komitmen dengan penuh ikhlas 100%.

Target aku bulan depan pulak, aku nak carik lagi duit tambahan sebanyak yang mungkin. Tinggal berapa bulan lagi je beb aku akan bertukar dari status bujang kepada status laki orang. So apa yang penting, kita enjoy!!!

Monday, August 2, 2010

Kehidupan Seorang Programmer


Banyak kali aku cuba menceburi bidang perniagaan. Tapi kebanyakan bisnes aku tu semuanya boleh dikatakan tak berapa mencapai tahap yang aku nak. Banyak kali aku kecundang di tengah jalan. Apakan daya, aku hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan rezeki aku.

Kali ni aku cuba kembali menjadi seorang programmer. Yup, di satu ketika dulu, ketika aku masih bergelar fresh graduate, aku bekerja di sebuah syarikat IT walaupun aku bekelulusan bidang kejuruteraan elektrik yang mana sepatutnya aku menjadi seorang jurutera elektrik. Oleh kerana aku tidak berminat dengan kerja-kerja di kilang, aku terima je la kerja dengan syarikat IT tu. Dan bermula dari situ, aku belajar selok belok macam mana untuk menjalankan perniagaan.

Aku bermula dengan menjadi seorang freelance programmer. Aku kalah dalam bidang marketing sebab aku tak berapa pandai untuk menonjolkan diri. Apabila ada permintaan, aku kena tunjukkan sample yang aku buat. Kebanyakan sampel yang aku tunjukkan tidak memuaskan hati orang yang meminta. Waktu tidur yang tak menentu, makan pun tak menentu jugak akibatnya aku senang dapat sakit. Baru aku tau perit jugak kalau menjadi seorang programmer ni walaupun kerja hanya duduk di pejabat. Dan aku dapat merasai apabila hasil program yang dibuat senang-senang je dicetak rompak senang kata, hasil di cedok dengan sesuka hati tanpa memberikan sebarang kredit kat aku.

Walaupun terdapat banyak programmer yang bermurah hati kat luar sana, tapi atleast kena la bagi kredit kat pencipta sesuatu aplikasi tersebut. Jadi, kepada masyarakat kat luar sana, tolonglah jangan beli yang cetak rompak.