Ads 468x60px

Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Mentaliti Masyarakat Melayu Memang Susah Nak Ubah?


Susah nak ubah mentaliti orang Melayu sekarang ni. Sampai bila la orang Melayu ni nak maju kalau dalam fikiran tu asyik beranggapan 'kerja = makan gaji'. Nak kerja best, gaji besar. Tak yah meniaga, menyusahkan kepala je asyik nak kena fikir pasal staf, maintenance bulanan etc.

Kadang-kadang tu aku sampai tak larat nak menjawab setiap pertanyaan orang, apa yang aku buat untuk hidup. Orang tak faham, memang susah aku nak terangkan. Sebab tak semua orang yang tanya aku tu berfikiran untuk berniaga. Yang tanya aku tu pula orang yang kerja government, kerja engineer, kerja kat offshore, kerja kerani, pensyarah. Senang kata makan gaji la. Bila aku cakap sekarang ni tengah tak meriah, orang-orang yang macam aku senaraikan tu la yang akan condemnkan aku.

Berbeza dengan orang yang jual karipap, jual ikan kat pasar, jual air kat pasar malam, owner cybercafe, owner kedai printing akan beri reaksi yang totally kontra dengan apa yang orang aku senaraikan sebelum ni bagi.

Anda tergolong dalam golongan yang mane satu?

Monday, August 2, 2010

Kehidupan Seorang Programmer


Banyak kali aku cuba menceburi bidang perniagaan. Tapi kebanyakan bisnes aku tu semuanya boleh dikatakan tak berapa mencapai tahap yang aku nak. Banyak kali aku kecundang di tengah jalan. Apakan daya, aku hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan rezeki aku.

Kali ni aku cuba kembali menjadi seorang programmer. Yup, di satu ketika dulu, ketika aku masih bergelar fresh graduate, aku bekerja di sebuah syarikat IT walaupun aku bekelulusan bidang kejuruteraan elektrik yang mana sepatutnya aku menjadi seorang jurutera elektrik. Oleh kerana aku tidak berminat dengan kerja-kerja di kilang, aku terima je la kerja dengan syarikat IT tu. Dan bermula dari situ, aku belajar selok belok macam mana untuk menjalankan perniagaan.

Aku bermula dengan menjadi seorang freelance programmer. Aku kalah dalam bidang marketing sebab aku tak berapa pandai untuk menonjolkan diri. Apabila ada permintaan, aku kena tunjukkan sample yang aku buat. Kebanyakan sampel yang aku tunjukkan tidak memuaskan hati orang yang meminta. Waktu tidur yang tak menentu, makan pun tak menentu jugak akibatnya aku senang dapat sakit. Baru aku tau perit jugak kalau menjadi seorang programmer ni walaupun kerja hanya duduk di pejabat. Dan aku dapat merasai apabila hasil program yang dibuat senang-senang je dicetak rompak senang kata, hasil di cedok dengan sesuka hati tanpa memberikan sebarang kredit kat aku.

Walaupun terdapat banyak programmer yang bermurah hati kat luar sana, tapi atleast kena la bagi kredit kat pencipta sesuatu aplikasi tersebut. Jadi, kepada masyarakat kat luar sana, tolonglah jangan beli yang cetak rompak.

Monday, May 3, 2010

Kerjaya Aku



Bagi yang tinggal kat kawasan bandar, mesti dah biasa kan tengok signboard macam ni? Haa... Entry aku kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku dalam bidang sales ni.

Actually, aku bekerja dengan sebuah company antarabangsa sekarang. Kerja aku.... Senang je... Edarkan brochure/flyers sambil tu tunjuk sample... Senang je kan... Tapi............................ Katakan la korang kat tempat aku, bila nampak signboard macam tu, apa yang korang akan pikir? Nak masuk ke tak nak? Hehehehe...

Time mula-mula aku join kerja ni, aku memang tak berani nak masuk. Takut beb... Tapi bila aku dah dapat satu skill yang best, aku dah berani. Tarak hal punya laaa. Ada sekali tu, aku kena sembur dengan sorang minah sebab masuk jugak walaupun dah terpampang besar-besar signboard 'salesman not allowed'. Apa yang aku balas ialah, aku bukannya seorang salesman, aku seorang bisnesman. Hahahaha... Dan tugas aku bukannya menjual, aku edarkan brochure aje. Kalau tak nak dengar pun takpe, boleh amek flyers tu, buat roket kertas.

So, memang kena ada kesabaran bila buat kerja macam ni. Walaupun aku ada ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik, tapi aku suka dengan kerja yang aku buat ni. Aku cukup bengang bila ada orang tanya aku, boleh carik makan ke kerja macam ni? HELLO... I know what I'm doing. Aku tak nak kerja makan gaji sampai ke tua. Apa yang aku kejar sekarang ni ialah peluang aku untuk menjadi seorang bisnesman.

Memang aku mengaku, aku dapat tekanan dari family sebab kerja yang aku buat ni tahap-tahap budak lepasan SPM je. Baik aku takyah sambung belajar kalau aku nak kerja macam ni. FYI, aku pernah bekerja sebagai seorang programmer. Dan gaji aku time tu boleh tahan jugak la. Tapi sampai satu time tu aku terpikir, sampai bila aku nak kerja makan gaji camni. Aku tengok bos aku berfoya-foya sedangkan aku setengah mampus kerja sampai pukul 3-4 pagi siapkan task. Bila dah sampai due date, kalau tak settle, kena tahan telinga dengar bebelan dari seorang bos.

Lebih tensen lagi bila tengok bos aku tu kuar mabuk minum air kencing setan (bos aku seorang lelaki MELAYU), aku lak yang kena cover line untuk dia. Tu belum masuk bab gi main betina lagi tu. Belum masuk bab dia lepak dengan geng-geng politik dia lagi tu (FYI lagi,bos aku tu seorang exco pemuda UMNO bahagian *************). Semua tu buat aku terfikir, perlu ke aku bekerja untuk orang yang macam ni? Berkat ke rezeki aku kalau aku terus bersekongkol dengan orang yang macam ni? Sampai satu masa tu, aku dah tak tahan dengan sikap bos aku tu, aku sembur dia dengan sopan (memang sopan,tapi ayat makan dalam). Aku ambik langkah drastik, aku berhenti kerja serta-merta.

Lepas tu aku berusaha carik kerja yang tak makan gaji. Hehehe... So apa yang aku boleh katakan , aku memang happy dengan kerja aku sekarang ni. Ada peluang yang harus aku grab. Aku kena buktikan kat family dan rakan-rakan yang aku akan berjaya. AMIN....