Ads 468x60px

Showing posts with label telco. Show all posts
Showing posts with label telco. Show all posts

Friday, July 1, 2011

#Keyword Blog PriaTeruna

Sekarang ni dah masuk bulan Julai. So aku check la statistik blog aku ni. Nampak ada la pertambahan pengunjung since aku mula aktif menulis. Kalau nak dibandingkan dengan website lagi satu yang aku buat tu, memang jauh la...bak langit dengan bumi. Tapi sayang, aku abaikan website lama aku tu tanpa aku sedari website tu tersangatlah berpotensi untuk menjana duit melalui internet. Dan rata-rata trafik yang masuk kat blog aku pada bulan Jun pun datang dari website aku yang lagi satu tu la.

Keyword yang datang dari search Engine

Seperti statistik kat atas tu, nampak tak ada la meriah sangat pun kan. Orang banyak jumpa blog aku ni kalau nak cari hal berkaitan telco je. Takpe, aku akan struggle lagi nak naikkan trafik. Insyaallah...

Jangan lupa ketahui rahsia tarikh lahir korang. Klik kat sini, free je. Sekadar berkongsi.

Tuesday, May 3, 2011

My #Maxis is now with #Umobile telco

Akhirnya nombor 012 aku berjaya jugak di 'porting' ke umobile. Setelah asyik tertekan dengan servis yang merepek + nonsense data pakej, aku nekad tukar ke umobile setelah test drive umobile dengan simpack dummy (yep...aku beli satu starter pack umobile).

Walaupun umobile tak boleh nak support device 2G, that is not big problem sebab aku ada 4 bijik handphone + 1 USB 3G modem yang tersedia ada. hahaha... Aku seorang gadget maniac. Aku langgan pakej mobile internet dengan harga RM28 sebulan. Siap dapat 100 minit call + 30 sms to any telco. Setelah buat kira-kira... 100 minit call = RM18, 30 sms = RM2.40... Jumlah semua RM18+RM2.40 = RM20.40. RM28-RM20.40 = RM7.60... RM7.60 = 500MB data bandwidth. Pehh... Murah gila beb. Plus more... call minit free tu boleh bring forward kalau ada balance... memang syok la.

Untuk tempat yang tak ada 3G, Umobile menumpang kat line Celcom. Ini bermakna, speed ke tahap edge aje la. hehehe... Apa ada kisah.

Wednesday, April 27, 2011

Kegilaan aku terhadap #broadband di #Malaysia

Aku suka sesuatu benda yang baru. Kadang-kadang bila ada iklan pasal promotion yang membabitkan pasal servis broadband kat Malaysia ni, memang aku terase je nak cuba laju-laju. Aku mementingkan internet yang berkualiti memandangkan aku selalu je bergerak, so kelajuan+stabil+coverage+harga memang menjadi faktor utama untuk aku melanggan broadband.

Untuk pengetahuan korang yang sudi baca blog aku yang tak seberapa nih, aku pernah melanggan 5 telco untuk buat comparison pasal broadband ni iaitu Celcom, Digi, Maxis, Umobile & yang terbaru Yes4G. Dan yang paling penting, aku lebih suka melanggan yang Prepaid berbanding Postpaid sebab malas nak terikat dengan komitmen.

#Celcom Broadband
Celcom aku dah gunakan lebih 2 tahun dan apa yang aku boleh simpulkan kat sini pasal Celcom Broadband...SANGAT TERUK event kat tempat 'This is Celcom Territory' pun tak guna.USELESS! Puas aku call customer service, sikit pun takde improve. Maximum speed yang pernah aku dapat la sepanjang gunakan Celcom broadband = 200++ kb. Lagi satu kekerapan disconnect telah menyebabkan aku dapat dosa kering sebab mencarut maki Celcom. hak hak hak.

Pakej Prepaid Celcom  Broadband:
RM6/day
RM18/week

Nampak macam murah? Sila baca review bawah lak untuk perbandingan yang lain.

#Maxis Broadband
Aku cuba pulak guna Maxis Prepaid Broadband lepas aku terminat Celcom Broadband. Aku buat la speedtest tengok macam mana kelajuan. Pehhh... 3.6Mbps... tu modem CSL je yang aku pakai. Maksimum dah tu.

Pakej Prepaid Maxis Broadband:
RM8/day - 500mb bandwidth
RM25/week - 2G bandwidth
RM58/month - 1.5G bandwidth

#Digi Broadband
Lepas seronok dengan Maxis Prepaid Broadband, aku pi beli simkad Digi. Time tu maksimum RM5 daily. Stabil tapi sayang...... Bukak youtube je buffer tak sudah-sudah. Tekanan jugak.

#Umobile Broadband
Pada satu hari, aku bukak website Umobile (time tu aku tengah gunakan maxis), tengok pakej prepaid broadband apa yang ada. Pehh... Semurah RM10 sebulan (100mb je...LOL). Tanpa membuang masa, terus aku pi beli starter pack Umobile. Aku pun cuba la tengok RM10 punya pakej. Tu diaaa.... bestnyaaaa (hati aku menjerit). Tapi sayang jugak la, sebab Umobile hanya support handphone 3G je sebab pakej RM10 sebulan tu sesuai untuk mobile surf je.

Pakej Umobile Prepaid Broadband boleh tengok kat sini http://www.u.com.my/broadband/plans


#Yes4G
Haa... yang ni tak boleh nak kata apa la tang speed. Maksimum aku pernah dapat 15mbps. average 8-10mbps kat area rumah aku. Time aku beli tu tak dak pakej bundle lagi, so memang mahal la untuk melayan youtube (takdak buffer langsung walaupun HD) . Sekarang ni dah ada pakej bundle, siap dapat free call dengan sms lagi tu. Bukak website Yes4G tu kat sini http://www.yes.my/v2/say-yes/buy-yes-valuepack-68.do