Ads 468x60px

Monday, December 19, 2011

Still Counting The Day


Tengah dok buat kerja kat rumah bos aku ni, aku melangut pasal hal kahwin dah. Dah dekat nak kahwin ni, Alhamdulillah... Ada je rezeki. Dapat kerja freelance lagi. Nasib baik bos aku sporting. Tak kisah aku nak buat freelance as long as tak ganggu task aku kat opis. Walaupun tak banyak mana, tapi still rezeki yang berkat. Aku kena berusaha lagi ni. Nak kumpul duit. Life after marriage lagi mencabar. Nak support bini zahir dan batin lagi.

Mental nak kena kuat. So aku kena prektis kaw kaw punyeee...

Saturday, December 17, 2011

Bagaimana Menggunakan Churp2Says Ni?

Entry yang lepas, aku dah announce akan penggunaan Churp2Says ni. Bagi yang masih lagi konfius macam mana nak gunakan widget tu, meh sini aku nak terangkan.

Rata-rata pengguna churpchurp hanya iklankan pada facebook dan twitter je. Tapi tak ramai yang letak kat blog iklan tu sebab malas atau pun leceh nak letak secara manual. Di samping tu, iklan dari Churpchurp dengan Says.my ni jenis tak lama sebab bila total click tu habis, iklan tu akan expired dengan cepat. Thats why aku set 2 hari je iklan tu kat Churp2Says tu.

Cara nak gunakan widget tu senang je. Mula-mula, lepas dah login kat churpchurp/says.my tu, korang just pilih je iklan apa yang korang nak share. Lepas tu, login kat Churp2Says, letakkan iklan tu beserta ayat provok apa yang korang suka la (tapi jangan la provok yang melampau).

Copy kod widget yang disediakan tu, lepas tu letak la kat blog korang. Boleh tengok kat belah kanan blog aku ni. Aku dah taruk widget tu. At the same time, 2 link yang kat bawah tu merupakan url blog pengguna Churp2Says. Di samping berpeluang untuk menambahkan income, korang pun boleh jugak bertukar link. So it's a win win situation. 'Ko promote blog aku, aku promote blog ko'.

Munculnya idea untuk aku create widget ni bila mana aku terjumpa beberapa entry tutorial 'how to put your churpchurp / says.my advertisement link at blog'. Masih ramai yang terpinga-pinga untuk belajar coding. So aku dah memudahkan kerja, tak perlu susah payah nak pikir pasal koding la, nak kena rajin update link tiap-tiap hari la.

Sekiranya aku dapat feedback yang positif + jumlah like pada facebook yang banyak, aku akan proceed dengan widget yang boleh letak gambar lak. Simple kan?

Sekian... Selamat mencuba!!!


Widget Untuk Churp Churp & Says.my


Kali ni aku nak memperkenal satu widget yang akan memudahkan para 'churpers' dan 'sayers' untuk meletakkan iklan text di blog. Widget ni agak mudah digunakan. Tak perlu nak selalu update selalu secara manual. Setiap iklan text yang dimasukkan akan kekal selama 2 hari.

Kenapa 2 hari? Sebabnya kebanyakan iklan di ChurpChurp & Says.my ni tak berapa nak kekal lama. Maklumlah ramai orang yang suka klik. Kalau trafik kat blog korang cemerlang, lagi bagus sebab potensi tu lagi banyak.

Korang boleh pakai widget ni dengan pergi kat sini. Untuk login, korang tak perlu daftar apa-apa. Cuma perlu gunakan akaun Twitter sebagai login (mesti la kena ada akaun Twitter, kalau tak sia-sia la nak pakai ChurpChurp/Says.my ni). Authorize ni just sekali je. Tak payah banyak kali. Kenapa aku gunakan Twitter? Sebab motif utama churpchurp dengan says.my ni adalah untuk advertise kat Twitter la. Authorization by Facebook akan aku buat... Tunggu aku rajin dulu la, baru aku buat. Aku buat widget ni pun ambil masa 2 jam lebih. Sebarang komen amat dihargai...

Dapatkannya di Churp2Says!

Dah Siap Tapi Tak Bayar Lagi


Apa perasaan korang bila mengalami hal macam tu? Bagi yang meniaga/bisnes sendiri, mesti rasa sakit hati kan. Macam tu la yang aku tengah rasa sekarang ni. Aku dah siapkan website untuk satu pertubuhan NGO ni. Kepala NGO ni pulak ada title la. Tapi takde la besar mana. Kalau sebut nama mamat ni, ada la 2-6 orang menteri kenal mamat ni.

Untuk dijadikan cerita, one day tu aku dapat call untuk buat satu website. Setelah dibagi segala detail yang diperlukan, aku pun buat la dengan senang hati. Harga pulak aku dah setuju. Memandangkan NGO ni merupakan non-profit organization, so aku takde la berkira sangat dengan harga yang dibagi tu.

Ikut perjanjian asal, aku just buat website je. Content side depa la yang akan masukkan. Bila website dah siap je, mamat ni mintak aku lak yang masukkan content. Cewahhh... aku bercekak pinggang dalam hati je la. Aku cakap boleh je, tapi upah kasi lebih sikit laa. Mamat tu bidas aku dengan berkata,

'Kami ni NGO, bukannya ada duit sangat.'

Aku pun layan je la. 2-3 hari tidur lewat malam sebab nak isi content je. Lepas website tu aku dah handover, aku tunggu la response dari mamat tu. Mamat tu kata, tunggu TPM launch dulu website tu. Then baru buat payment. Aku diam je la. Lepas dah launch, aku tunggu la payment....... sampai sekarang tak dapat lagi. Dah sebulan lebih aku rasa dok tunggu payment tu. Email dah... SMS dah. Reply tarak... Takpe... Aku akan tunggu lagi....

Wednesday, December 14, 2011

17 Hari Lagi Nak Kahwin

Gambar sekadar hiasan


Tinggal 17 hari lagi aku akan bertukar status. Persediaan mental dah tengah on the way. So persediaan fizikal nak kena siapkan jugak. Barang-barang nak kena beli jugak.

Bagi rakan-rakan aku yang terbaca blog ni, kalau nak kad, hantarkan pesanan rengkas kat henpon aku. Nescaya akan aku balas pesanan rengkas korang tu dengan satu kad yang sungguh cantik. Hehehe...

Berbalik kepada preparation, so far so good. Pelamin dah ada, fotografer dah setel, video pun dah setel.

Friday, December 9, 2011

Alhamdulillah... Rezeki Baru Lagi

Mungkin rezeki nak kahwin agaknya. Petang tadi tengah duduk minum santai dengan bos, tiba-tiba bos aku bersuara... 'Kalau I nak bagi you kerja buat website, you sanggup ambik tak? I tau you nak kahwin, nak pakai duit kan?'

Dengan lajunya aku menjawab... 'BOLEH BOS! SIAP DALAM SEHARI!'.

Bos, 'Ok... Next week I update kat you.'

Aku tersenyum riang. Tengah dok struggle cari duit lebih ni, macam-macam yang timbul dalam kepala ni. Lepas kahwin nanti nak duduk kat mana, nak spare duit bagi nafkah, nak tu, nak ni... Aku akan teruskan buat kerja freelance. Hopefully lepas kahwin nanti, Insyaallah rezeki lagi murah.

Sunday, November 27, 2011

Tarikh Yang Mendebarkan

Gua sudah nervous kaw-kaw sampai sakit kepala ni. Nervous, happy, seronok, gementar... Pendek kata, semua sekali la.