Aku dah kahwin!!! Video Behind The Scene Bakal Menyusul. Saksikan!!!
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Wednesday, January 11, 2012
Monday, December 19, 2011
12 Hari Lagi Nak Kahwin

Start dari hari ni, dah tinggal 12 hari je lagi untuk aku bertukar status. Minggu ni last kerja. Minggu depan dah start cuti 2 minggu. Hehehe...
Ok.. Untuk makluman kalian, sepanjang tempoh lepas berkahwin merupakan waktu privasi. So bagi kenalan yang kenal aku, harap maklum, aku tak akan menjawab sebarang call melainkan sms yang mungkin aku akan balas setelah 3-4 korang hantar.
Still Counting The Day
Tengah dok buat kerja kat rumah bos aku ni, aku melangut pasal hal kahwin dah. Dah dekat nak kahwin ni, Alhamdulillah... Ada je rezeki. Dapat kerja freelance lagi. Nasib baik bos aku sporting. Tak kisah aku nak buat freelance as long as tak ganggu task aku kat opis. Walaupun tak banyak mana, tapi still rezeki yang berkat. Aku kena berusaha lagi ni. Nak kumpul duit. Life after marriage lagi mencabar. Nak support bini zahir dan batin lagi.
Mental nak kena kuat. So aku kena prektis kaw kaw punyeee...
Wednesday, December 14, 2011
17 Hari Lagi Nak Kahwin
Gambar sekadar hiasan
Tinggal 17 hari lagi aku akan bertukar status. Persediaan mental dah tengah on the way. So persediaan fizikal nak kena siapkan jugak. Barang-barang nak kena beli jugak.
Bagi rakan-rakan aku yang terbaca blog ni, kalau nak kad, hantarkan pesanan rengkas kat henpon aku. Nescaya akan aku balas pesanan rengkas korang tu dengan satu kad yang sungguh cantik. Hehehe...
Berbalik kepada preparation, so far so good. Pelamin dah ada, fotografer dah setel, video pun dah setel.
Friday, December 9, 2011
Alhamdulillah... Rezeki Baru Lagi
Mungkin rezeki nak kahwin agaknya. Petang tadi tengah duduk minum santai dengan bos, tiba-tiba bos aku bersuara... 'Kalau I nak bagi you kerja buat website, you sanggup ambik tak? I tau you nak kahwin, nak pakai duit kan?'
Dengan lajunya aku menjawab... 'BOLEH BOS! SIAP DALAM SEHARI!'.
Bos, 'Ok... Next week I update kat you.'
Aku tersenyum riang. Tengah dok struggle cari duit lebih ni, macam-macam yang timbul dalam kepala ni. Lepas kahwin nanti nak duduk kat mana, nak spare duit bagi nafkah, nak tu, nak ni... Aku akan teruskan buat kerja freelance. Hopefully lepas kahwin nanti, Insyaallah rezeki lagi murah.
Sunday, October 30, 2011
Tinggal Lagi 2 Bulan
Pejam celik pejam celik dah nak tinggal lagi 2 bulan sebelum hari besar dalam hidup aku akan berlaku. Banyak lagi benda yang nak kena prepare. Fuuuuuhh...
Bulan lepas dah beli 1 jenis barang, bulan ni nak kena tempah lagi beberapa barang. Yang orang tua aku ni pulak dok bising nak kena ikut adat. Aku pulak jenis yang malas nak ikut adat Melayu yang banyak langgar hukum Islam ni. Adoi...
Dalam hati aku ni, kang susah sangat, orang tua tak yah masuk campur, biar aku sorang je yang handle. Puas hati aku. Tapi tu la, sebab orang tua, nak kena hormat jugak. Aku tetap protes, tapi protes dalam cara yang berhemah la. Takde la nak tinggi suara. Takde tunjuk pemberontakan terang-terang. Hehehe... Maklum la, nak jadik anak yang baik.
Bulan ni harga emas dah naik, silap pulak tak beli barang kemas awal-awal. Melayang la duit nak beli barang kemas. Takpe, semua tu akan terasa berbaloi bila tiba harinya nanti...
HOOOOREYYY!!!

Sunday, September 25, 2011
Bulan Ke-2 Di Tempat Kerja Baru
Alhamdulillah. Bulan ni adalah bulan ke 2 aku di tempat kerja yang baru. Boleh la nak menyimpan sikit untuk beli barang kahwin. Tambahan pulak, aku dapat duit tepi lagi dari Encik Nuffnang & Encik Kurnia Insurans. Insyaallah kalau ada rezeki, dapat lagi duit tambahan untuk buat kerja freelance aku tu.
So far sekarang ni, aku agak busy jugak dengan kerja. Masuk kerja awal, balik lambat. Dah sampai rumah, kadang-kadang ngadap lagi kerja. Tapi adakah kerja yang aku buat tu ikhlas? Hehehe... Habaq mai kat aku, siapa kat dalam dunia ni kerja dengan penuh ikhlas 100% tanpa ragu-ragu? Kalau ikhlas, tak yah bagi gaji pun takpe kan. Untung besar la company tu kalau dapat pekerja yang boleh bagi komitmen dengan penuh ikhlas 100%.
Target aku bulan depan pulak, aku nak carik lagi duit tambahan sebanyak yang mungkin. Tinggal berapa bulan lagi je beb aku akan bertukar dari status bujang kepada status laki orang. So apa yang penting, kita enjoy!!!
Monday, December 13, 2010
Dah pukul 3.40 pagi
Sekarang ni dah pukul 3.40 pagi dah. Tapi aku tak boleh tido lagi sebab nak kena siapkan kerja. Apa nak buat. Dah ni la sumber rezeki aku buat masa ni. Kena la hadap. Tapi dalam dok buat kerja ni, aku terpikir satu idea jahat. Jeng jeng jeng.. Slow2 aku aku buat... Jahat yang aku maksudkan bukannya jahat yang kejam. Tapi jahat yang teramatlah berguna dan membawak kebaikan.
Dalam dok pikir-pikir nak carik duit lebih (nak buat kawen beb), aku teringat satu perkara. Dari sumber maklumat aku (orang kat JPM), ekonomi negara sekarang ni tengah mengalami defisit yang teruk (tak yah caye sangat dengan berita kat tv pasal ekonomi kite tengah meningkat). So, kita tak boleh nak mengharapkan sangat dengan makan gaji je. Kena buat bisnes. Tak kisah la jual goreng pisang ke, jual maruku ke, main gitar tepi kaki lima sambil letak topi atas simen etc...
Dengan bermodalkan RM100, aku nak buat sesuatu yang akan buat beberape kompeni hangin dengan aku sebab berkemungkinan aku akan mengganggu market diorang. Platform dah siap, sumber dah dapat...Hahahahaha.... Tungguuuuuuu.... (tak baik tamak-tamak, tuhan marah)
owh ye...rajin-rajinkan la tengok speed test aku. aku ada daftar YES 4G minggu lepas.

Subscribe to:
Posts (Atom)