Ads 468x60px

Sunday, October 9, 2011


Dalam tak berapa nak sihat ni, aku terasa macam nak berkarangan. Tapi bila dah bukak blog ni, rasa malas tu tiba-tiba lak menyerang. Dengan hidung ni dok meleleh tak berenti, kepala rasa berat macam ada lori 3 tan main drift kat atas kepala ni.

Sunday, September 25, 2011

Bulan Ke-2 Di Tempat Kerja Baru



Alhamdulillah. Bulan ni adalah bulan ke 2 aku di tempat kerja yang baru. Boleh la nak menyimpan sikit untuk beli barang kahwin. Tambahan pulak, aku dapat duit tepi lagi dari Encik Nuffnang & Encik Kurnia Insurans. Insyaallah kalau ada rezeki, dapat lagi duit tambahan untuk buat kerja freelance aku tu.

So far sekarang ni, aku agak busy jugak dengan kerja. Masuk kerja awal, balik lambat. Dah sampai rumah, kadang-kadang ngadap lagi kerja. Tapi adakah kerja yang aku buat tu ikhlas? Hehehe... Habaq mai kat aku, siapa kat dalam dunia ni kerja dengan penuh ikhlas 100% tanpa ragu-ragu? Kalau ikhlas, tak yah bagi gaji pun takpe kan. Untung besar la company tu kalau dapat pekerja yang boleh bagi komitmen dengan penuh ikhlas 100%.

Target aku bulan depan pulak, aku nak carik lagi duit tambahan sebanyak yang mungkin. Tinggal berapa bulan lagi je beb aku akan bertukar dari status bujang kepada status laki orang. So apa yang penting, kita enjoy!!!

Saturday, September 10, 2011

Pria Teruna Kembali Mengganas!!!

Setelah sekian lama menyepikan diri sejak bulan puasa hari tu, aku akan kembali mengganas. Hahahaha... Maklum laaa... Busy cari duit raya la katakan. Tambahan pulak tarikh penting pun tak lama lagi. Banyak nak kena prepare.

Siapa kat sini yang dah buat puasa 6? Aku sendiri tak 'sempat' lagi nak buat. Asyik termakan je pagi-pagi. Asal bukak mata je, terus capai kerepek raya yang still berbaki 2-3 peket lagi tu. Time shopping kuih raya hari tu, kemain rambang mata. Main kaut je kuih yang nampak sedap, time bayar....... Terkedu jap aku. Mahal gila beb... Aku ambik 5 jenis kuih je dah cecah RM100. Tu pun takde la banyak sangat. Sekarang ni memang zaman barang-barang semua naik harga dengan cemerlang.

Tu belum lagi campur dengan makanan yang spesial nak masak time raya. Rumah aku tiap-tiap tahun buat laksa. Harga ikan, laksa basah, rempah ratus etc... Semua dah naik harga. Tinggal santan je la tak beli sebab kat rumah aku dah ada 2-3 batang pokok kelapa. Pulut kan perkara yang wajib jugak nak kena buat time raya.

Lagi satu yang ketara musim raya kali ni, sanak saudara ramai yang pulang beraya. Masing-masing dah saving sebab budget tak cukup. Ramai jugak kawan-kawan aku yang alami nasib yang serupa. So tahun ni, musim raya yang agak tak meriah jugak la.

Ok la... Time aku tengah karangan kat sini, tak mandi lagi ni. Badan dah bau ba'eng.

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku rasa masih tak terlalu lambat lagi untuk mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang ada kat tanah air ni. Dah masuk hari yang ke 3, tapi tak banyak lagi rumah yang aku pergi ziarah.

Terus terang aku rasa, raya tahun ni agak hambar jugak la. Adik beradik tak datang beraya, sebab masing-masing sibuk dengan komitmen keluarga+kerja. Saudara mara yang sebaya lak ramai yang dah kahwin, so paham-paham je la.

Apa-apa pun, selamat menyambut Aidilfitri sekali lagi.

Monday, August 8, 2011

Ucapan Maaf Terbuka Kepada #Salamfone & Sharaf Trading

Firstly, saya ingin meminta maaf kepada pihak yang terlibat terutamanya kepada pemilik nombor telefon 010630680* yang telah saya highlightkan di tweeter tempoh hari. Ini kerana salah faham yang berlaku di antara saya dan pemilik nombor telefon yang saya paparkan.

Diharapkan permohonan maaf terbuka saya ini akan menyelesaikan segala kemelut yang melanda di antara pihak Salamfone, Sharaf Trading & diri saya sendiri. Saya juga akan memadamkan posting berkenaan isu ini di blog priateruna.blogspot.com.

Yang benar,
Pria Teruna

Thursday, July 21, 2011

Penafian Dari #MPPA Isu Gambar #Palsu

Semalam Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) buat laporan polis untuk menafikan dakwaan kononnya gambar yang di paparkan pada surat khabar Berita Harian dan NST adalah palsu. Komen aku pasal isu ni adalah, gambar tersebut telah dimanupulasikan yang mana gambar seorang lelaki yang memegang bendera telah di olah untuk kelihatan seperti memegang pisau. Bukan tu saja, untuk menguatkan lagi dakwaan kononnya lelaki dalam gambar tersebut memegang pisau, ditambahkan lagi caption kat tepi tu 'Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram'. Sila lihat gambar di bawah. Kredit kepada MiloSuam. Kamu fikirlah sendiri siapa yang betul, siapa yang salah. Jangan butakan mata sebelah hanya kita cenderung kepada sesuatu pihak. Celikkan mata untuk dapatkan info dari sumber yang banyak.


Gambar yang dipaparkan dalam Berita Harian

Orang yang sama tapi gambar dari sumber yang lain

PS: Aku hanya mampu tergelak dan tersenyum melihat penafian ni...

Petikan dari Berita Harian Online :


KUALA LUMPUR: Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) semalam membuat laporan polis terhadap seorang blogger yang mendakwa gambar seorang lelaki yang menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu dan disiarkan pada muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian adalah gambar palsu.

Dalam laporan polis itu, MPPA mempertahankan keaslian gambar berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju putih, berseluar celoreng tentera serta menutup muka, cuba membaling sesuatu.
Laporan itu dibuat Presiden MPPA, Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam. Turut hadir, jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) yang merakamkan aksi itu, Effendy Abdul Rashid.

Mat Salim yang ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tuduhan blogger terbabit menerusi laman sosial, Facebook dibuat tanpa usul periksa dan boleh menjejaskan imej MPPA.

Katanya, MPPA sebelum ini memberi tempoh kepada blogger itu yang juga seorang pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk meminta maaf kepada Effendy dan NSTP, tetapi gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Effendy berkata, beliau terkilan dengan tindakan blogger terbabit yang mempersendakan kerjanya dengan menyebarkan cerita bahawa gambarnya menggunakan teknik pertindihan imej.

“Ia karya asli saya, malah saya mempunyai 11 keping gambar yang mempunyai jalan ceritanya sendiri jika disusun mengenai tindakan lelaki terbabit mengambil kanister gas pemedih mata di hadapan Menara Maybank sebelum membalingnya,” katanya.

Monday, July 18, 2011

Mentaliti Masyarakat Melayu Memang Susah Nak Ubah?


Susah nak ubah mentaliti orang Melayu sekarang ni. Sampai bila la orang Melayu ni nak maju kalau dalam fikiran tu asyik beranggapan 'kerja = makan gaji'. Nak kerja best, gaji besar. Tak yah meniaga, menyusahkan kepala je asyik nak kena fikir pasal staf, maintenance bulanan etc.

Kadang-kadang tu aku sampai tak larat nak menjawab setiap pertanyaan orang, apa yang aku buat untuk hidup. Orang tak faham, memang susah aku nak terangkan. Sebab tak semua orang yang tanya aku tu berfikiran untuk berniaga. Yang tanya aku tu pula orang yang kerja government, kerja engineer, kerja kat offshore, kerja kerani, pensyarah. Senang kata makan gaji la. Bila aku cakap sekarang ni tengah tak meriah, orang-orang yang macam aku senaraikan tu la yang akan condemnkan aku.

Berbeza dengan orang yang jual karipap, jual ikan kat pasar, jual air kat pasar malam, owner cybercafe, owner kedai printing akan beri reaksi yang totally kontra dengan apa yang orang aku senaraikan sebelum ni bagi.

Anda tergolong dalam golongan yang mane satu?