Ads 468x60px

Friday, July 1, 2011

#Keyword Blog PriaTeruna

Sekarang ni dah masuk bulan Julai. So aku check la statistik blog aku ni. Nampak ada la pertambahan pengunjung since aku mula aktif menulis. Kalau nak dibandingkan dengan website lagi satu yang aku buat tu, memang jauh la...bak langit dengan bumi. Tapi sayang, aku abaikan website lama aku tu tanpa aku sedari website tu tersangatlah berpotensi untuk menjana duit melalui internet. Dan rata-rata trafik yang masuk kat blog aku pada bulan Jun pun datang dari website aku yang lagi satu tu la.

Keyword yang datang dari search Engine

Seperti statistik kat atas tu, nampak tak ada la meriah sangat pun kan. Orang banyak jumpa blog aku ni kalau nak cari hal berkaitan telco je. Takpe, aku akan struggle lagi nak naikkan trafik. Insyaallah...

Jangan lupa ketahui rahsia tarikh lahir korang. Klik kat sini, free je. Sekadar berkongsi.

Tuesday, June 28, 2011

Nilai Sesuatu #Ilmu (#Knowledge)


Rata-rata orang sekarang ni dah celik IT, terutamanya bagi golongan orang muda. Kalau dulu orang suka gunakan istilah sekali petik 10 boleh dapat, tapi sekarang ni sekali klik beribu-ribu boleh dapat. Semuanya gara-gara maklumat yang begitu mudah kita boleh dapat. Hanya dengan menggunakan khidmat pakcik Google atau Yahoo (2 enjin carian yang paling popular sekarang ni), macam-macam kita boleh tau. Sampaikan ada pertubuhan yang menganggap Google ni sebagai Tuhan.

Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, sekarang ni kita boleh belajar berbagai perkara dengan mudah. Kalau dulu, nak kena sampai mengembara jauh-jauh hanya kerana ingin mempelajari sesuatu perkara. Rasulullah s.a.w pernah berkata 'Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China' yang bermaksud, kita kena belajar setiap masa.
Satu lagi hadis berkenaan ilmu :

Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa
(Riwayat At-Tarmizi)

Tapi sekarang, tak perlu lagi merantau jauh melainkan kalau ilmu yang kita nak pelajari tu perlukan fizikal contact (silat, taekwondo, eksperimen etc). Bagi pendapat aku, setiap ilmu yang dipelajari walaupun sebesar zarah, haruslah dikongsikan bersama. Biar ilmu tu berkembang dan berterusan untuk diketahui. Kalau dulu, untuk belajar ilmu, tak perlu mengeluarkan duit yang banyak dan pengajar pula mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan walaupun ada sesetengah guru yang telah menetapkan harga kalau nak menuntut.

Sebenarnya aku telah mula berblog sejak tahun 2007 lagi. Tapi tu lah, kejap on, lepas tu off... Semuanya gara-gara aku tak ada identiti sendiri dalam penulisan. Asyik nak cedok je lepas tu claim apa yang aku tulis tu milik aku. Sekarang ni umur pun dah semakin bertambah, pemikiran pun semaking matang. Insyaallah ni blog yang paling kekal lama aku cuba buat dan akan cuba berkongsi apa saja berkenaan ilmu yang aku tau. Kalau nak mintak aku jadi cikgu kimia, harap maklum la... bukan bidang aku tu. Tapi kalau setakat nak bertanya mengenai bidan IT, pasal programming especially PHP,mysql,java,ajax tu boleh la aku tolong sikit-sikit. Walaupun background education aku Electrical Engneering, tapi aku meminati bidang IT. So, rezeki orang masing-masing kan. Apa nak buat. Hehehe... Anyway, korang boleh la check rahsia disebalik tarikh lahir korang tu kat http://www.metafizik.me.pn. Content dalam bahasa melayu. Dah ada yang merungut nak content dalam English lak. Tunggu la aku rajin, nanti aku buat content dalam bahasa English lak.

Wednesday, June 22, 2011

Permainan Komputer Yang Menghina #Islam


Kalau nak diikutkan, banyak dah permainan kat luar sana yang secara terang-terangan menghina Islam. Cuma kita ni aje yang tak alert dengan benda-benda yang macam ni. Kalau game perang je, mesti belah Amerika dengan puak Yahudi sana tu la yang nak jadi juara. Sekarang ni dah mula timbul kesedaran di kalangan para pengguna komputer dan konsol permainan tentang jenis permainan yang mereka main.



Ni antara permainan video yang menghina Islam :
- Devil May Cry 3

- Resident Evil 4

Tuesday, June 21, 2011

Celcom Bermasalah

Tengah dok berbalas pesanan rengkas dengan kekasih hati aku, tiba-tiba aku tak leh nak send mesej. Aku pun pelik. Send banyak kali, tapi tak berjaya jugak nak hantar. Aku pun pi la dail *124# nak check kredit aku ni dah expired ke. Satgi tak leh jugak nak check... Aku bertambah pelik... Ah sudah. Line yang problem kot. Aku try la buat call kat kekasih gua... Tak berjaya call lak... Memanjang error je.

Nasib baik ada wifi kat tempat aku tengah melepak time tu. Check la kat twitter, rupanya memang line celcom yang pakai prepaid tengah problem. Hell YEAH!!!! CELCOM AXIATA, YOU SUX!!!

Monday, June 20, 2011

Jadual Perbandingan #Prepaid #Broadband di Malaysia

Aku dah siapkan jadual perbandingan harga di antara telco yang ada kat Malaysia ni. Bagi pengguna yang selalu je demand dengan harga yang murah, tapi service nak tiptop, tengok-tengok la jadual tu. Pilih la yang terbaik. Kalau tempat korang tu ada coverage, langgan la laju-laju.

Boleh tengok kat http://priateruna.blogspot.com/p/malaysia-broadband-comparison.html.

Tuesday, June 14, 2011

Meniaga #Steambot Minggu Ke-2

Tanggal 13/06/2011 merupakan minggu yang ke-2 aku meniaga steambot. Alhamdulillah untuk hari yang pertama, minggu ke 2. Untuk pengetahuan, hari Sabtu dengan Ahad hari tu aku tak bukak kedai pun sebab busy dengan komitmen lain. So minggu lepas aku cuma meniaga 5 hari je.

Ok, berbalik pada cerita semalam, aku periksa la stok lama yang ada... Tu diaaaa... ada yang dah tak elok... Terpaksa buang. Ada 4 jenis barang yang terpaksa buang sebab dah naik bau. Sos pun buang jugak sebab dah tak elok jugak... Kesimpulan yang dapat aku belajar dari meniaga steambot ni, semua barang yang dibeli tu, walaupun tersimpan rapi dalam freezer, hanya bertahan selama seminggu je. Cukup seminggu, kena buang. Beli stok baru.

So far ni, dah jadi macam tabiat lak tiap kali duduk melangut kat kedai iaitu....... mencuci mata melihat para gadis yang lalu lalang di hadapan aku. Tu belum termasuk dengan para golongan nyah yang ade bukak butik kecantikan kat sebelah punya sebelah kedai makan aku ni. Hahahaha... Manusia sekarang terlalu optimis berfesyen, sampai tak ingat cara berfesyen mengikut lunas Islam. Yang golongan nyah ni lak, aku tak tau nak cakap ape kat diorang. Lenggok kemain kalahkan perempuan, kantoi lak tang suara. Hahahaha...

Aku akan berusaha keras lagi nak majukan perniagaan steambot aku! Yeargghh!!!


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu" 
Amin..amin ya Rabbalalamin.

Monday, June 13, 2011

#Alhamdulillah Kerana Dimurahkan Rezeki


Setiap hari aku selalu je berfikir, macam mana nak tambahkan pendapatan harian aku. Mungkin bila dah nak kahwin ni, banyak je idea bisnes yang datang. Yang penting apa yang kita buat tu kena jujur & ikhlas.

Biar pulangan lambat...tapi ianya berkat. Tak guna duit banyak tapi hasil dari yang tak berkat.