Ads 468x60px

Monday, December 26, 2011

Semak Dengan Blog Yang Blink Blink & Wink Wink


Seriusly, kalau aku blogwalking, tengah menziarah blog-blog yang lain, ada lak blog yang penuh dengan lagu, dengan flash, dengan image yang bersepah-sepah kat muka depan, memang aku akan skip terus. Semak kepala aku nak tengok & baca. Tak nak aku drop komen kat situ. Sebabnya aku nak jimat bandwidth aku ni ha.

Sekarang ni jenis portable broadband. Semuanya limited. Bukannya unlimited macam tmNUT. Lebih kuota je, terus nak throttle. So maafkan aku ye kalau aku tak menaikkan income korang. Truly... memang aku akan support korang dengan mengclick segala iklan yang ada kat dalam blog tu. Tu pun kalau aku suka la dengan blog tu. Kalau blog tu seperti yang macam aku describe (berserabut dengan mende ntah hape-hape), memang aku tak click la sebab aku stop awal-awal dari loading page tu. hahaha...

Bukannya nampak canggih, tapi nampak semakin berserabut. Jadi, buang la segala benda yang merepek kat blog tu. Orang datang sebab nak membaca, bukannya nak dengar lagu-lagu senarai mp3 merepek tu.

Aktiviti Bujang



Hari minggu :
1. Lepak kat kedai makan.
2. Borak dengan kawan sambil mata pandang keliling.
3. Gelak kuat-kuat.
4. Ronda keliling bandar.

Hari biasa :
1. Siang pergi kerja.
2. Malam lepak kat rumah layan cerita.

Gua tak boleh tidur malam ni beb. Tu pasal la nak merepek kerepek je ni.

Friday, December 23, 2011

Khir Toyo Didapati Bersalah Kerana Rasuah




SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan, tujuh tahun lalu, di Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan.

Sumber : Berita Harian

Thursday, December 22, 2011

Resipi Bubur Halia Selera Pria Teruna



Bahan-bahan:
Beras
Halia (cincang halus, lagi banyak lagi best)
Ubi Kentang (potong dadu)
Lobak (potong dadu)
Serbuk lada sulah
Garam
Serbuk pati ayam
Sosej (potong dadu)
Air (PALING WAJIB)

Cara masak:
Basuh beras, letak dalam periuk dengan air yang banyak dan tenggek atas dapur. Masukkan semua bahan di atas. Buka api perlahan. Tunggu sampai beras kembang dan jadi bubur.

Cara nak saji :
1. Goreng telur dadar. dah masak gulung and potong halus.
2. Cili padi (tumbuk), bawang putih (tumbuk), gula, kicap

Biasalah... Resipi orang bujang katakan...

Resipi Char Kuew Teow - Selera Pria Teruna



Aku suka memasak. Tapi kan, kadang-kadang aku masak tak ikut resipi. Aku pakai bahan-bahan ikut suka aku. Kali ni aku nak share resipi char kuew tiow Pria Teruna. Kalau tak sedap, maknanya tangan korang yang tak berbedung. Hehehe

Bahan-bahan :-
Kuew Tiow sepeket
2 ulas Bawang putih (tumbuk/blend)
Cili Boh
Telur sebijik
Udang
Taugeh
Kicap Kipas Udang (merah)
Kicap Soya (aku tak pakai garam)
Sos Tiram

Cara masak (api kena besar) :-
1. Mula-mula goreng udang sampai merah
2. Tuang 2-3 senduk air
3. Masukkan bawang putih tadi.
4. Masukkan cili boh.
5. Biar masak sekejap.
6. Masukkan kuew tiow (tak yah banyak. sikit je)
7. Part ni yang best....Ketuk kuali dengan sudip kuat-kuat. Saja biar nampak pro sket.
8. Masukkan telur.
9. Tuang kicap kipas udang,kicap soya & sos tiram (ikut sukatan sendiri)
10. Ketuk kuali kuat-kuat lagi.
11. Masukkan taugeh.
12. Ketuk kuali kuat-kuat sekali lagi.
13. 7 minit je dah siap!
14. Makan time panas.

Senang kan resipi aku ni... Selamat mencuba!!!

Pokok Yang Seksi LOL

Pokok ni nampak lucah sungguh kan
pokok pelik 3 [Gambar Pelik] Koleksi Gambar Pokok Pelik

Wednesday, December 21, 2011

Realiti Seorang Programmer

Yup...kadang-kadang rasa agak tensen jugak bila ada error kat coding tu.