Ads 468x60px

Thursday, December 22, 2011

Resipi Bubur Halia Selera Pria Teruna



Bahan-bahan:
Beras
Halia (cincang halus, lagi banyak lagi best)
Ubi Kentang (potong dadu)
Lobak (potong dadu)
Serbuk lada sulah
Garam
Serbuk pati ayam
Sosej (potong dadu)
Air (PALING WAJIB)

Cara masak:
Basuh beras, letak dalam periuk dengan air yang banyak dan tenggek atas dapur. Masukkan semua bahan di atas. Buka api perlahan. Tunggu sampai beras kembang dan jadi bubur.

Cara nak saji :
1. Goreng telur dadar. dah masak gulung and potong halus.
2. Cili padi (tumbuk), bawang putih (tumbuk), gula, kicap

Biasalah... Resipi orang bujang katakan...

Resipi Char Kuew Teow - Selera Pria Teruna



Aku suka memasak. Tapi kan, kadang-kadang aku masak tak ikut resipi. Aku pakai bahan-bahan ikut suka aku. Kali ni aku nak share resipi char kuew tiow Pria Teruna. Kalau tak sedap, maknanya tangan korang yang tak berbedung. Hehehe

Bahan-bahan :-
Kuew Tiow sepeket
2 ulas Bawang putih (tumbuk/blend)
Cili Boh
Telur sebijik
Udang
Taugeh
Kicap Kipas Udang (merah)
Kicap Soya (aku tak pakai garam)
Sos Tiram

Cara masak (api kena besar) :-
1. Mula-mula goreng udang sampai merah
2. Tuang 2-3 senduk air
3. Masukkan bawang putih tadi.
4. Masukkan cili boh.
5. Biar masak sekejap.
6. Masukkan kuew tiow (tak yah banyak. sikit je)
7. Part ni yang best....Ketuk kuali dengan sudip kuat-kuat. Saja biar nampak pro sket.
8. Masukkan telur.
9. Tuang kicap kipas udang,kicap soya & sos tiram (ikut sukatan sendiri)
10. Ketuk kuali kuat-kuat lagi.
11. Masukkan taugeh.
12. Ketuk kuali kuat-kuat sekali lagi.
13. 7 minit je dah siap!
14. Makan time panas.

Senang kan resipi aku ni... Selamat mencuba!!!

Pokok Yang Seksi LOL

Pokok ni nampak lucah sungguh kan
pokok pelik 3 [Gambar Pelik] Koleksi Gambar Pokok Pelik

Wednesday, December 21, 2011

Realiti Seorang Programmer

Yup...kadang-kadang rasa agak tensen jugak bila ada error kat coding tu.

Widget Waktu Solat


Assalam guys, kali ni aku nak buat satu widget lagi iaitu waktu solat dan penunjuk arah kiblat. Actually sistem untuk kiraan waktu solat ni aku dah pernah buat. Dulu abang ipar aku pernah mintak bantuan aku untuk buat satu sistem yang memudahkan untuk tahu kedudukan arah kiblat dan waktu solat berpandukan dari koordinat.

So dengan menggunakan khidmat pakcik Google Map, aku dah siapkan. Bukan setakat waktu solat je, dengan siap kalendar hijrah lagi tu. Thanks to abang ipar aku sebab dia membekalkan aku segala rumus algebra berkaitan dengan falak ni.

Memang hobi masa lapang aku buat benda yang macam ni. Aku buat suka-suka je. Bila dah siap, aku share ye. Kalau korang nak tengok sistem yang aku dah buat tu, boleh tengok kat http://www.zulfreelance.co.cc/WaktuSolat/

FYI, website aku tu dah kena 'root hack' oleh Pak Arab. So sekarang ni, aku dah beli satu hosting yang baru. Segala kerja-kerja suka hati aku akan letak kat hosting yang baru.

Tuesday, December 20, 2011

WOW...Churpchurp Bertambah Mantap

Korang suka tak bila tengok hasil churpchurp korang bertambah dengan cepat? Ni yang aku punya... baru-baru ni kenaikan yang agak drastik jugak la... aku sungguh gumbira... widget yang aku buat tu ternyata mampu mendatangkan hasil. still not bad walaupun tak beribu-ribu RM yang dapat.

Boleh pakai widget tu kat sini. CHURP2SAYS!


Lelaki Tidur Dirumah “Kekasih Gelap” Kantoi




Cubaan seorang lelaki melarikan diri dari dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) melalui pintu belakang rumah ‘kekasih gelapnya’ gagal apabila tindakannya itu berjaya dikesan sepasukan penguatkuasa Jheains yang membuat serbuan di rumah terbabit awal pagi kelmarin, di Kinarut.

Dalam kejadian di Taman Kinarut itu, sepasukan penguatkuasa Jheains telah menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi, lalu mengetuk pintu rumah terbabit beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita berusia 41 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa Jheains dan meminta izin untuk melakukan pemeriksaan, wanita itu memaklumkan bahawa dia hanya tinggal bersama seorang anak perempuannya berusia 21 tahun. Curiga dengan jawapan wanita itu, penguatkuasa Jheains melakukan pemeriksaan ke atas rumah mereka, namun tidak menemui lelaki yang didakwa bersama anaknya.

Wanita itu kemudian berang dan menegur pihak Jheains kerana bertindak melakukan pemeriksaan walaupun tiada lelaki yang dimaksudkan. Penolong Ketua Penguatkuasa Agama Jheains, Khamis Jamil berkata, selepas hampir 10 minit melakukan pemeriksaan dan menyoal wanita itu, dia tetap mendakwa bahawa hanya dia dan anak perempuannya sahaja yang berada di dalam rumah terbabit.

“Bagaimanapun, ketika kami hendak beredar, dua anggota Jheains membawa seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah wanita terbabit sebaik menyedari kehadiran pihak Jheains. “Ketika ditanya siapakah lelaki itu, wanita itu kemudian memaklumkan lelaki terbabit adalah anak angkatnya yang juga rakan anaknya yang menumpang tidur di rumahnya,” katanya ketika ditemui, di tempat kejadian di sini, awal pagi kelmarin.

Khamis berkata, penguatkuasa kemudian bertindak menyoal lelaki yang berumur 25 tahun terbabit yang cuba melarikan diri, namun dia mendakwa ketakutan menyebabkan dia bertindak melarikan diri melalui pintu belakang rumah berkenaan.

Beliau berkata, ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan dipercayai menjadikan rumah wanita itu untuk melepaskan nafsu mereka, walaupun ibu wanita itu berada di dalam rumah berkenaan.

“Malah, daripada aduan dan siasatan Jheains selama hampir dua minggu, mendapati beberapa lelaki sering mengunjungi rumah wanita itu yang dipercayai sebagai lokasi anaknya melakukan maksiat bersama kekasih gelapnya. “Pasangan berkenaan dan ibunya yang juga seorang ibu tunggal dibawa ke balai polis Kinarut untuk diambil keterangan,” katanya.

Khamis berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana berkhalwat.

Sumber