Aku tak tau nak luah kat sape tiap kali aku rasa tak puas hati. Blog ni aje la tempat aku luahkan hati. Susah betul kalau dapat bos yang tak paham situasi. Tau la awak tu nak kejar duit, tapi pikirkan jugak la situasi pekerja. Jangan la sebab nak untung cepat, habis semua kena kerah tenaga dengan masa sampaikan waktu beristirehat dengan keluarga pun nak diganggu. Ni bukannya kali pertama jadi macam ni, tapi dah banyak kali dah.
Ditambah pulak dengan kaki kipas baik punya habis semua task aku ditapau sebab nak tunjuk kononnya aku ni tak buat kerja. Memang hangin la jadi macam ni. Semua yang aku buat takde yang perfect. Dah banyak kali aku bagi pendapat, mostly hampir semua kena tolak. Kata nak buat bisnes online, bila aku prefer guna paypal, dikondemnya aku. Suruh guna Maybank merchant. Bila aku explain kelebihan paypal, taknak dengar. Sekarang ni hamek!!! Aku akan buat apa yang dimintak aje. Kalau timbul kesukaran nanti, pandai-pandai la nak setel sendiri.
Tu baru sikit. Belum lagi masuk part deliver kerja. Bos aku mintak aku buat satu sistem survey, bila aku dah siapkan sistem tu base on php + style survey terkini, dikondemnya lagi yang aku buat tu tak memenuhi citarasa sebab dia prefer style classic (using classic ASP). Yang kaki kipas tu pulak haram tak tau apa-apa pasal programming.
Lepas tu dimintaknya aku lead buat logo, and aku mintak designer sediakan 5 logo yang sesuai dengan theme. Kaki kipas dengan bestnya mengkondemkan aku dengan alasan tooooo simple. Dengan bestnya aku menjawab dalam hati, simple but creative macam logo amazon.com. Yang kaki kipas ni plak tunggu masa je aku nak meletup. Sekarang ni tengah mendidih je. Jangan sampai aku bersuara sebab bila aku bersuara, aku
agak outspoken.
Aku dah belajar dari past mistake pasal outspoken ni, sebab tu aku just mendiamkan diri bila dikondem. Bertahan dengan sifat baran. Senyum aku senyum kelat depan mereka. Buat kerja sekerat, lepas tu pas kat aku, celah mana aku nak sambung kalau tak tau hujung pangkal. Takpe, aku akan buat aje. Kalau silap, silalah maki aku.
Berbalik kat bos aku ni ha, of course bila kita buat satu portal komuniti, nak kena linkkan dengan facebook dan twitter. Dikondemnya lagi atas alasan buang masa benda tu semua. Dalam hati aku WTF! Camne nak tarik traffik kalau tak guna medium yang tengah famous macam ni. Aku nasihatkan SEO kena bagus walaupun komuniti ni hanya untuk eksklusif, tak dipedulinya. Still prefer cara approach cara lama yang menggunakan kos yang tinggi.
Dulu bila aku pernah buktikan depan bos aku yang aku boleh tarik trafik yang bagus kat salah satu online portal yang aku create sekadar suka-suka, dikatanya tu style budak-budak. Tengok niche la bro. Haiz... Memang aku tengah hangin sampai tak boleh nak tido.
Monday, November 22, 2010
Sunday, November 21, 2010
Jangan Luah Segalanya Di Facebook!
Tiap kali aku bukak facebook, macam-macam status yang aku nampak orang taip. Tengah main dengan anak buah la, tengah main bowling la, sampaikan nak gi tandas pun announce kat facebook. Penangan facebook cukup hebat. Kalau tak bukak satu hari, ada yang sampai berpeluh sebab kesangapan nak jenguk facebook.
Ada jugak yang poyo tunjuk duit banyak-banyak kat facebook. Menyampah pun ada jugak. Sebulan sekali aku akan buat pemutihan friendlist aku di facebook. Bos aku pun kemaruk facebook cuma dia tak kemaruk untuk update status je la.

Kenapa la Celcom Blackberry ni
Dah sebulan aku mengalami kekerapan disconnect dengan celcom blakcberry ni. Kadang-kadang tu rasa geram je sampai nak tukar telco lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, October 19, 2010
Buat Duit Secara Online
Ada sorang kawan aku ni yang memang boleh dikategorikan tahap sederhana tentang pengetahuan IT. Hari-hari tanya aku pasal cara nak buat duit melalui internet. Banyak kali jugak la aku kasi idea, penerangan ext. Tengah aku sembang pasal google adsense, teringat aku tentang akaun adsense aku yang dah kena ban dengan pakcik Google. Sedih jugak la sebab time tu duit kutipan adsense aku boleh tahan la jugak. Sebab-sebab akaun adsense aku kena ban ialah aku terklik iklan aku sendiri.
Lepas je aku dapat tau adsense aku kena ban, terus aku hantar email kat pakcik Google kasi explaination. 2 hari lepas tu, aku dapat respon email standard dari diorang. Bla bla bla... Lepas tu aku pun beralih la ke bidvertiser. Hasil dari bidvertiser aku tu boleh laaa.... Walaupun tak sebanyak google adsense. Lagi pun yang bestnya dengan Bidvertiser ni, duit boleh withdraw minimum $10 transfer ke paypal.
Tapi tahukah korang, tak perlu blog, tak perlu isi kandungan yang canggih-canggih pun korang boleh duit dengan cemerlang dengan hanya menggunakan adsense je. Hehehe... Nak tau caranya? Insyaallah, nanti kalau aku rajin, aku akan kongsikan. Tapi kena kerap la singgah kat sini. Mana la tau, korang antara pertama yang akan tau rahsianya. Heheheheh

Friday, October 8, 2010
Hampeh betul
Semua perkara nak cepat kena siapkan dengan cepat sampaikan aku nak excuse gi tandas pun tak boleh. Kejadahnya macam ni! Bengang betul aku. Mulut kata boleh gi tandas, tapi dari riak wajah tau sangat tak kasi. Hampeh!!!
Saturday, September 11, 2010
Hari Ke 2 Raya
Buat pertama kalinya sejak peristiwa di ofis hari tu, aku dapat tidur dengan nyenyak. Terasa badan begitu segar sekali. Baru rasa semangat sket nak buat urusan harian bila tidur & rehat cukup. Walaupun kadang-kadang diganggu oleh adik aku yang asyik-asyik bukak pintu intai tengok laptop aku ni tengah free ke tak, sebab dia nak main facebook.
Ada jugak terasa hangin, tapi memandangkan dia nak guna, aku tak kesah. Aku just buat-buat tak sedar dia masuk bilik nak amik notebook aku bawak lari gi masuk bilik dia.
Aku baru bercadang nak gi jalan-jalan beraya sambil bercuti kat cameron highland, tiba-tiba aku terbaca satu email yang bagitau, hati-hati kalau nak gi ke tanah rata, banyak samseng india kat situ. Jangan lepak kat restoran D'Cennai. Kalau nak bercuti, gi kat Brinchang.
Bila aku dapat email yang macam tu, buat aku pikir 2-3 kali nak gi ke tak nak cameron tu. Kena pikir plan B lak. Gi genting kot. Tapi of course kena keluar banyak duit kalau gi genting. Mana lagi laaaa aku nak gi ni. Aku nak gi hamek angin sejuk je. Bukit bendera jauh sangat la pulak. Tolong bagi cadangan, kat mana tempat tanah tinggi yang best untuk jalan-jalan.

Friday, September 10, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Aku mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua umat muslimin dan muslimat di luar sana. Sekarang ni dah dekat pukul 4 pagi. Aku tak dapat tidur lagi sebab banyak perkara yang tengah aku pikir. Baju raya sempat beli sehelai je. Kuih raya plak sempat beli 4 jenis. Tu pun satu jenis, satu bungkus. Punya laaaaa takde masa nak shopping.
Nampaknya tahun ni aku tak dapat nak beraya sakan macam tahun lepas. Bila balik kampung, terasa sayu je hati ni sebab aku tak sempat nak sumbang apa-apa sangat. Setakat kuih raya 4 jenis tu je la. Ooo... Ada lagi, lemang 2 batang aku beli untuk last shoot. Cuti raya aku lak sampai 15hb ni je. Kira ok la tu dapat cuti dekat seminggu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nampaknya tahun ni aku tak dapat nak beraya sakan macam tahun lepas. Bila balik kampung, terasa sayu je hati ni sebab aku tak sempat nak sumbang apa-apa sangat. Setakat kuih raya 4 jenis tu je la. Ooo... Ada lagi, lemang 2 batang aku beli untuk last shoot. Cuti raya aku lak sampai 15hb ni je. Kira ok la tu dapat cuti dekat seminggu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)